backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Rumpai Gajah

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Rumpai Gajah?

Rumpai gajah adalah sejenis tumbuhan. Bijinya boleh digunakan sebagai ubat. Ia digunakan untuk keadaan perubatan seperti berikut:

  • Psoriasis
  • Kondisi kulit
  • Masalah penghadaman
  • Asma
  • Sakit dada (angina)
  • Batu karang
  • Pengumpulan cecair
  • Bagaimana ia berfungsi?

    Kajian masih tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, terdapat beberapa kajian menunjukkan yang ia mengandungi beberapa jenis bahan kimia, termasuklah methoxsalen, yang digunakan untuk merawat keadaan kulit seperti psoriasis.

    Langkah berjaga-jaga & Amaran

    Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Rumpai Gajah?

    Sebelum mengambilnya, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

    • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
    • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
    • Anda mempunyai alahan terhadap rumpai gajah  atau ubat atau suplemen lain.
    • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
    • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

    Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

    Adakah Rumpai Gajah selamat digunakan?

    Hamil dan menyusukan bayi

    Penggunaan herba ini semasa kehamilan adalah tidak selamat. Sila berhati-hati dan elakkan penggunaannya.

    Pembedahan

    Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Rumpai Gajah?

    Apabila menggunakan herba ini, terdapat kesan sampingan seperti berikut:

    • Loya dan mual
    • Muntah
    • Sakit kepala
    • Hidung berair
    • Ruam
    • Gatal-gatal
    • Penyakit hati
    • Retina mata

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Rumpai Gajah?

    Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini termasuklah:

    • Ubat-ubatan yang diproses di dalam hati termasuk lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan lain-lain
    • Ubat-ubatan yang membahayakan hati (ubat hepatoksik) termasuk acetaminophen (Tylenol dan lain-lain), amiodarone (Cordarone), carbamazepine (Tegretol), isoniazid (INH), methotrexate (Rheumatrex), methyldopa (Aldomet), fluconazole (Diflucan), itraconazole (Sporanox), erythromycin (Erythrocin, Ilosone, others), phenytoin (Dilantin), lovastatin (Mevacor), pravastatin (Pravachol), simvastatin (Zocor), and banyak lagi.
    • Ubat-ubatan yang meningkatkan sensitiviti terhadap cahaya matahari termasuklah amitriptyline (Elavil), Ciprofloxacin (Cipro), norfloxacin (Noroxin), lomefloxacin (Maxaquin), ofloxacin (Floxin), levofloxacin (Levaquin), sparfloxacin (Zagam), gatifloxacin (Tequin), moxifloxacin (Avelox), trimethoprim/sulfamethoxazole (Septra), tetracycline, methoxsalen (8-methoxypsoralen, 8-MOP, Oxsoralen), dan Trioxsalen (Trisoralen).
    • Ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah (ubat antikoagulan/antiplatlet) termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, others), ibuprofen (Advil, Motrin, others), naproxen (Anaprox, Naprosyn, others), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

    Rumpai Gajah mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

    Penggunaan /Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

    Apakah dos Rumpai Gajah yang biasa digunakan?

    Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

    Apakah bentuk penyediaan Rumpai Gajah?

    Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

    • Tablet, Methoxsalen 10 mg
    • Cecair, Methoxsalen 0.75 %

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan