Rauwolfia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Rauwolfia?

Rauwolfia adalah sejenis tumbuhan. Akarnya digunakan untuk membuat ubat. Penggunaan Rauwoflia adalah untuk:

  • Tekanan darah tinggi yang ringan
  • Gemuruh
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Gangguan mental seperti psikosis yang teruk dan gila
  • Gigitan ular dan reptilia
  • Demam
  • Sembelit
  • Penyakit usus yang seram sejuk
  • Penyakit hati
  • Sakit sendi (reumatisme)
  • Pengekalan cecair (edema)
  • Epilepsi
  • Sebagai tonik untuk badan lemah yang umum

Rauwolfia boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana rauwolfia berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan salah satu bahan kimia dalam rauwolfia adalah sama dengan ubat preskripsi yang dipanggil reserpine. Reserpine digunakan untuk merawat hipertensi yang ringan hingga sederhana, skizofrenia, dan beberapa simptom peredaran yang lemah.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Rauwolfia?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan mengandungi rauwolfia atau ubat lain atau herba lain, terutamanya anda alah kepada reserpine atau sejenis ubat yang dikenali sebagai rauwolfia alkaloid
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan, atau keadaan kesihatan yang lain, seperti terapi kejutan (terapi elektrokonvulsif, ECT), batu hempedu, kemurungan, tumor dalam kelenjar adrenal yang menyebabkan tekanan darah tinggi yang berbahaya (feokromositoma)
  • Anda mempunyai sebarang alahan lain, seperti terhadap makanan, pewarna, bahan awet, atau binatang

Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Kanak-kanak: Walaupun tidak ada maklumat khusus yang membandingkan penggunaan rauwolfia alkaloid pada kanak-kanak dengan yang digunakan pada kumpulan umur yang lain, rauwolfia alkaloid tidak dijangka untuk menyebabkan kesan sampingan atau masalah yang berlainan pada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa.

Kehamilan dan menyusukan bayi: Ia tidak selamat untuk menggunakan rauwolfia semasa mengandung. Bahan kimia dalam rauwolfia mungkin menyebabkan kecacatan kelahiran. Ia juga tidak selamat untuk menggunakan rauwolfia semasa menyusukan bayi. Bahan kimia boleh masuk ke dalam susu ibu dan mungkin membahayakan bayi yang menyusu.

Geriatrik: Banyak ubat-ubatan tidak dikaji secara khusus pada orang yang lebih tua. Oleh itu, ia mungkin tidak diketahui sama ada mereka berfungsi betul-betul dengan cara yang sama dengan orang dewasa yang lebih muda. Walaupun tidak ada maklumat khusus yang membandingkan penggunaan rauwolfia alkaloid pada orang tua dengan penggunaannya pada kumpulan umur yang lain, pening atau mengantuk mungkin lebih mungkin berlaku pada orang tua, yang lebih sensitif terhadap kesan rauwolfia alkaloid.

Pembedahan: Berhenti menggunakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum prosedur yang dijadualkan.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Rauwolfia?

Kesan sampingan rauwolfia boleh berlaku daripada yang ringan hingga serius, termasuk:

  • Hidung tersumbat
  • Kejang perut
  • Cirit-birit
  • Mual
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Mengantuk
  • Konvulsi
  • Simptom seperti Parkinson
  • Koma

Rauwolfia boleh memperlahankan masa tindak balas dan tidak boleh digunakan semasa memandu atau mengendalikan mesin berat.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Rauwolfia?

Rauwolfia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

Ubat-ubatan ini mungkin termasuk:

  • Alkohol: Mengambil sejumlah besar rauwolfia bersama-sama dengan alkohol mungkin menyebabkan rasa mengantuk yang terlalu banyak
  • Digoxin (Lanoxin): Mengambil rauwolfia bersama dengan digoxin mungkin mengurangkan keberkesanan digoxin
  • Levodopa: Mengambil rauwolfia bersama dengan levodopa mungkin mengurangkan keberkesanan levodopa
  • Ubat-ubatan untuk kemurungan (MAOIs): Rauwolfia mengandungi bahan kimia yang mempengaruhi badan. Bahan kimia ini mungkin meningkatkan kesan sampingan beberapa ubat yang digunakan untuk kemurungan, termasuk phenelzine (Nardil), tranylcypromine (Parnate), dan lain-lain
  • Ubat untuk keadaan mental: Mengambil rauwolfia bersama beberapa ubat untuk keadaan mental mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan ubat untuk keadaan mental tersebut. Mereka termasuk chlorpromazine (Thorazine), clozapine (Clozaril), fluphenazine (Prolixin), haloperidol (Haldol), olanzapine (Zyprexa), perphenazine (Trilafon), prochlorperazine (Compazine), quetiapine (Seroquel), risperidone (Risperdal), thioridazine (Mellaril), thiothixene (Navane), dan lain-lain
  • Propranolol (Inderal): Mengambil rauwolfia bersama dengan propanolol (Inderal) mungkin menyebabkan tekanan darah anda terlalu rendah
  • Ubat-ubatan sedatif (Barbiturates): Mengambil rauwolfia bersama-sama dengan ubat penenang mungkin menyebabkan rasa mengantuk yang terlalu banyak
  • Ubat perangsang: Mengambil rauwolfia bersama-sama dengan ubat perangsang mungkin menyebabkan masalah yang serius termasuk meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Beberapa ubat perangsang termasuk diethylpropion (Tenuate), epinephrine, phentermine (Ionamin), pseudoephedrine (Sudafed), dan banyak lagi

Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa digunakan untuk Rauwolfia?

Untuk bentuk dos oral (tablet):

Dos orang dewasa adalah 50-200 mg sehari. Ini boleh diambil sebagai satu dos atau dibahagikan kepada dua dos untuk merawat tekanan darah tinggi.

Dos untuk rauwolfia mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Rauwolfia?

Ia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Rauwolfia serpentina: ekstrak akar liar nisbah 1:2
  • Rauwolfia tambahan 180 vegcaps

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 29, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut