Rami Kanada (Canadian Hemp)

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Rami Kanada (Canadian Hemp)?

Rami Kanada ialah sejenis herba. Akarnya digunakan sebagai ubat.

Walaupun terdapat kebimbangan yang serius, ia masih digunakan untuk merawat artritis, asma, batuk, perut kembung dan sifilis.

Ia juga digunakan untuk merawat masalah jantung termasuk ketidakcukupan injap (valve insufficiency), “jantung tua” dan otot jantung lemah yang berlaku selepas pneumonia. Rami Kanada turut digunakan untuk mengeluarkan cecair dari badan dengan meningkatkan aliran air kencing.

Sesetengah orang menyapu jus segar rami Kanada langsung ke atas kulit untuk merawat ketuat.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, rami Kanada diketahui mengandungi bahan kimia yang boleh memperlahankan kadar degupan jantung, merendahkan tekanan darah, meningkatkan kekuatan degupan jantung dan menambahkan air kencing. Ia mungkin bekerja sama seperti digoxin tetapi kurang efektif dan menyebabkan lebih banyak kesan sampingan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Rami Kanada (Canadian Hemp)?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap herba ini atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Rami Kanada (Canadian Hemp) selamat digunakan?

Ia tidak selamat diambil melalui mulut kerana kesannya terhadap jantung dan juga kesan-kesan sampingannya yang lain.

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatannya jika digunakan ke atas kulit.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Hamil dan menyusukan bayi: Ia tidak selamat diambil melalui mulut bagi semua orang termasuk wanita hamil dan menyusukan bayi. Bahan kimia di dalamnya boleh merosakkan jantung.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Rami Kanada (Canadian Hemp)?

Rami Kanada merengsa tekak, perut dan usus; dan boleh menyebabkan mual dan muntah. Ia boleh memperlahankan kadar degupan jantung yang akan menyebabkan badan melepaskan bahan-bahan yang meningkatkan tekanan darah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Rami Kanada (Canadian Hemp)?

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

  • Digoxin

Digoxin (Lanoxin) membantu jantung berdegup lebih kuat. Rami Kanada juga dilihat mengesani jantung. Mengambil rami Kanada bersama digoxin boleh menambahkan kesan digoxin dan meningkatkan risiko kesa sampingannya. Jangan ambil rami Kanada jika anda sedang mengambil digoxin (Lanoxin) sebelum berbincang dengan profesional kesihatan.

  • Pil air

Rami Kanada mungkin menjejaskan jantung. “Pil air” boleh merendahkan kalium di dalam badan. Kadar kalium yang rendah juga boleh menjejaskan jantung dan meningkat risiko kesan sampingan rami Kanada.

Sesetengah “pil air” boleh mengurangkan kalium termasuk chlorothiazide (Diuril), chlorthalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, HydroDiuril, Microzide) dan lain-lain.

Rami Kanada (Canadian Hemp) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Rami Kanada (Canadian Hemp) yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Rami Kanada (Canadian Hemp)?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Serbuk mentah protein rami
  • Minyak rami Kanada organik yang dikapsulkan
  • Titisan minyak rami

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut