Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Quince adalah satu tumbuhan. Bijinya digunakan sebagai ubat untuk keadaan-keadaan ini, termasuk:
Quince juga digunakan terus sebagai poultis mampat untuk kecederaan, bengkak dan sakit sendi, kesakitan puting, dan jari-jari yang luka atau terhiris yang dalam. Losen digunakan untuk melegakan mata.
Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanan quince untuk penggunaan ini.
Quince boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Kajian tidak cukup tentang bagaimana quince berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba untuk maklumat lanjut.
Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba, jika:
Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba untuk maklumat lanjut.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak cukup diketahui tentang penggunaan quince semasa hamil dan menyusukan bayi. Kekal berada di zon selamat dan elakkan penggunaannya.
Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika quince adalah selamat untuk kegunaan perubatan. Bijinya mengandungi sianida, yang menunjukkan bahawa biji quince mungkin tidak selamat.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.
Quince mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.
Quince juga mengandungi sejenis serat lembut yang dipanggil musilaj. Musilaj boleh mengurangkan berapa banyak ubat yang diserap badan. Mengambil quince pada masa yang sama anda mengambil ubat-ubatan melalui mulut boleh mengurangkan keberkesanan ubat anda. Untuk mengelakkan tindak balas ini, ambil quince sekurang-kurangnya satu jam selepas ubat yang anda ambil melalui mulut.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk quince mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda tentang dos yang sesuai.
Ia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen