backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Quince

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Quince?

Quince adalah satu tumbuhan. Bijinya digunakan sebagai ubat untuk keadaan-keadaan ini, termasuk:

  • Gangguan pencernaan termasuk sakit perut dan usus (keradangan gastrousus)
  • Cirit-birit
  • Batuk

Quince juga digunakan terus sebagai poultis mampat untuk kecederaan, bengkak dan sakit sendi, kesakitan puting, dan jari-jari yang luka atau terhiris yang dalam. Losen digunakan untuk melegakan mata.

Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanan quince untuk penggunaan ini.

Quince boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana quince berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Quince?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau pakar herba, jika:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap sebarang bahan mengandungi quince atau ubat lain atau herba lain
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan, atau keadaan kesihatan yang lain
  • Anda mempunyai sebarang alahan lain, seperti terhadap makanan, pewarna, bahan awet, atau binatang

Kawalan terhadap herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan herba ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau pakar herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tidak cukup diketahui tentang penggunaan quince semasa hamil dan menyusukan bayi. Kekal berada di zon selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Quince?

Tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika quince adalah selamat untuk kegunaan perubatan. Bijinya mengandungi sianida, yang menunjukkan bahawa biji quince mungkin tidak selamat.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Quince?

Quince mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan pakar herba atau doktor anda sebelum mengambilnya.

Quince juga mengandungi sejenis serat lembut yang dipanggil musilaj. Musilaj boleh mengurangkan berapa banyak ubat yang diserap badan. Mengambil quince pada masa yang sama anda mengambil ubat-ubatan melalui mulut boleh mengurangkan keberkesanan ubat anda. Untuk mengelakkan tindak balas ini, ambil quince sekurang-kurangnya satu jam selepas ubat yang anda ambil melalui mulut.

Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa digunakan untuk Quince?

Dos untuk quince mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor anda tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Quince?

Ia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Serbuk, ekstrak, atau teh
  • Mampat atau poultis
  • Losen

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan