Quassia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Quassia?

Quassia adalah sejenis tumbuhan. Kayunya digunakan sebagai ubat.

Quassia digunakan untuk:

  • Merawat anoreksia, senak, sembelit, dan demam.
  • Menghilangkan pelbagai jenis cacing dari usus
  • Sebagai tonik atau purgatif
  • Sebagai pembersih mulut

Sesetengah orang menyapu Quassia secara langsung ke kulit kepala untuk menghilangkan kutu.

Quassia digunakan melalui dubur untuk merawat serangan cacing.

Dalam industri pembuatan, Quassia digunakan sebagai perasa makanan, minuman, lozenges, dan julap. Kulit dan kayunya pula digunakan sebagai racun serangga.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana Quassia berfungsi. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa Quassia mengandungi bahan kimia yang mungkin meningkatkan asid perut dan rembesan hempedu, serta mungkin merangsang nafsu makan dan pencernaan. Bahan kimia lain juga mungkin mempunyai kesan terhadap bakteria, kulat, dan larva nyamuk.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Quassia?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan Quassia atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bai pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil suplemen ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Quassia selamat digunakan?

Quassia mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah makanan. Tetapi Quassia mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah ubatan.

Quassia mungkin selamat apabila digunakan pada kulit.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Kehamilan dan penyusuan badan: Quassia mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut semasa anda sedang hamil atau menyusu. Ia boleh menyebabkan kerosakan sel dan loya.

Tidak terdapat maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan menyapu Quassia kepada kulit atau kulit kepala anda semasa anda mengandung atau menyusukan bayi. Sila berhati-hati dan elakkan penggunaannya.

Masalah saluran pencernaan atau penyakit, seperti ulser perut atau usus , penyakit Crohn, jangkitan, dan banyak lagi keadaan lain: Dalam jumlah besar, Quassia dapat merengsakan saluran pencernaan. Jangan gunakan jika anda mempunyai salah satu keadaan ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Quassia?

Quassia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kerengsaan mulut, tekak, dan saluran penghadaman bersama-sama dengan rasa loya dan muntah. Dalam dos yang sangat besar, ia boleh menyebabkan fungsi jantung menjadi tidak normal; Walau bagaimanapun, kebanyakan orang akan muntah sebelum mereka mendapat dos yang cukup tinggi untuk menyebabkan masalah jantung. Penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan perubahan pada penglihatan dan buta.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Quassia?

Quassia boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan ahli herbal atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan quasia termasuk:

  • Digoxin (Lanoxin)

Quassia adalah sejenis julap yang dipanggil julap perangsang. Julap perangsang dapat mengurangkan kadar potassium dalam tubuh. Tahap potassium yang rendah boleh meningkatkan risiko kesan sampingan digoxin (Lanoxin).

  • Pil air (Ubat diuretik)

Quassia adalah julap. Sesetengah julap boleh mengurangkan potassium dalam badan. “Pil air” juga boleh mengurangkan potassium dalam badan. Mengambil Quassia bersama-sama dengan “pil air” mungkin mengurangkan potassium dalam badan terlalu banyak.

Sesetengah “pil air” yang boleh mengurangkan potassium termasuk chlorothiazide (Diuril), chlorthalidone (Thalitone), furosemide (Lasix), hydrochlorothiazide (HCTZ, HydroDiuril, Microzide) dan lain-lain.

  • Antacid

Antacid digunakan untuk mengurangkan asid perut. Quassia boleh meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut, Quassia dapat mengurangkan keberkesanan antacid. Sesetengah antacid termasuk kalsium karbonat (Tums, dan yang lain), dihydroxyaluminum natrium karbonat (Rolaids, dan yang lain), magaldrate (Riopan), magnesium sulfat (Bilagog), aluminium hidroksida (Amphojel), dan lain-lain.

  • Ubat-ubatan yang mengurangkan asid perut (H2-Blockers)

Quassia mungkin meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut, Quassia dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang mengurangkan asid perut, dipanggil H2-Blockers.

Beberapa ubat yang mengurangkan asid perut termasuklah cimetidine (Tagamet), ranitidine (Zantac), nizatidine (Axid), dan famotidine (Pepcid).

  • Ubat-ubatan yang mengurangkan asid perut ( inhibitor pam Proton)

Quassia mungkin meningkatkan asid perut. Dengan meningkatkan asid perut, Quassia dapat mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan untuk mengurangkan asid perut, dipanggil inhibitor pam proton.

Beberapa ubat yang mengurangkan asid perut termasuk omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Prevacid), rabeprazole (Aciphex), pantoprazole (Protonix), dan esomeprazole (Nexium).

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Quassia yang biasa digunakan?

Dos untuk Quassia mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan lagi, makanan tambahan herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Quassia?

Quassia boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair Quassia, tinktur.
  • Ekstrak softgel Quassia.
  • Serbuk sokongan parasit Quassia.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut