backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pregnenolone

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan pregnenolone?

Pregnenolon adalah bahan kimia yang terdapat di dalam badan kita. Ia biasanya digunakan untuk membuat ubat.

Pregnenolon digunakan untuk:

  • Keletihan dan peningkatan tenaga
  • Penyakit Alzheimer dan meningkatkan ingatan
  • Trauma dan kecederaan
  • Gangguan stres dan meningkatkan sistem imun badan
  • Gangguan kulit termasuk psoriasis dan skleroderma

Wanita biasanya menggunakan pregnenolon untuk benjolan payudara (penyakit payudara fibrosistik), endometriosis, gejala menopaus, dan sindrom prahaid (PMS).

Sesetengah orang menggunakan pregnenolon untuk melambatkan atau menterbalikkan penuaan, artritis, dan kemurungan. Ia juga digunakan untuk menguatkan jantung, tindak balas merawat alahan, “detoksifikasi’ badan, penyakit lupus, penyakit sklerosis berbilang (MS), masalah prostat, dan sawan.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana pregnenolon ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa dalam tubuh, pregnenolon digunakan untuk menghasilkan semua hormon steroid.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil pregnenolone?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pregnenolon atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah pregnenolone selamat digunakan?

Tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada pregnenolon adalah selamat untuk diambil melalui mulut atau tidak.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan pregnenolon adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Keadaan sensitif hormon seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, atau fibroid rahim: Pregnenolon akan ditukar oleh badan kepada estrogen. Sekiranya anda mempunyai apa-apa keadaan yang mungkin menjadi lebih buruk dengan pendedahan kepada estrogen, jangan mengambil sebarang pregnenolon tambahan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan pregnenolone?

Pregnenolon mungkin menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti akibat steroid termasuklah rangsangan melampau, insomnia, kerengsaan, kemarahan, keresahan, jerawat, sakit kepala, perubahan angin yang negatif, pertumbuhan rambut muka, keguguran rambut, dan rentak jantung yang tidak teratur.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan pregnenolone?

Pregnenolon boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Rujuklah dengan doktor anda sebelum menggunakannya.

Produk yang boleh berinteraksi dengan pregnenolon termasuklah:

  • Estrogen

Pregnenolon digunakan dalam badan untuk membuat hormon, antaranya estrogen. Mengambil estrogen bersama dengan pregnenolon mungkin akan menyebabkan terlalu banyak estrogen terkumpul di dalam badan.

Antara beberapa pil estrogen termasuklah conjugated equine estrogen (Premarin), ethinyl estradiol, estradiol, dan lain-lain.

  • Progestin

Progestin adalah sekumpulan hormon. Mengambil hormon lain bersama-sama dengan pil progesteron mungkin menyebabkan terlalu banyak hormon terkumpul di dalam badan. Ini boleh meningkatkan kesan umum dan kesan sampingan pil hormon.

  • Testosteron

Badan akan mengubah pregnenolon menjadi testosteron. Mengambil pregnenolon bersama pil testosteron mungkin menyebabkan testosteron menjadi terlalu banyak di dalam badan. Ini boleh meningkatkan kebarangkalian kesan sampingan testosteron.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos pregnenolone yang biasa digunakan?

Dos untuk produk pregnenolon ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan pregnenolone?

Produk pregnenolon ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul Pregnenolon
  • Ubat Titis Pregnenolon

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan