backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pokok Syurga (Tree Of Heaven)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Pokok Syurga (Tree of Heaven)?

Pokok Syurga (Tree of Heaven) adalah jenis tumbuhan. Kulit kering daripada pokok dan akar herba ini digunakan untuk membuat ubat.

Pokok Syurga (Tree of Heaven)  digunakan untuk cirit birit, asma, kekejangan, epilepsi, kadar degupan jantung laju, gonorea, malaria, dan cacing pita. Ia juga telah digunakan sebagai zat pahit dan tonik.

Sesetengah wanita menggunakan Pokok Syurga (Tree of Heaven) bagi merawat jangkitan vaginal dan sakit akibat haid.

Bagaimanakah Pokok Syurga (Tree of Heaven) berfungsi?

Tiada kajian lengkap mengenai bagaimana Pokok Syurga (Tree of Heaven)  ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, sesetengah penyelidikan mendapati bahawa bahan kimia di dalam kulit Pokok Syurga (Tree of Heaven) mungkin mempunyai kesan pengering, mengurangkan demam dan kekejangan. Bahan kimia lain yang dijumpai di dalam Pokok Syurga (Tree of Heaven) boleh membunuh cacing dan parasit serta mempunyai beberapa kesan dalam melawan sel kanser.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pokok Syurga (Tree of Heaven)?

Rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pakar herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan dalam Pokok Syurga (Tree of Heaven) atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang jenis alahan lain, seperti pada makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan

Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Pokok Syurga (Tree of Heaven) selamat?

Masih tidak diketahui sama ada Pokok Syurga (Tree of Heaven) selamat atau tidak.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Tiada maklumat lengkap mengenai penggunaan Pokok Syurga (Tree of Heaven) ketika hamil dan menyusu badan. Ambil langkah selamat dengan mengelakkan penggunaannya.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pokok Syurga (Tree of Heaven)?

Apabila diambil dalam jumlah yang banyak, kulit Pokok Syurga (Tree of Heaven) boleh menyebabkan rasa loya, pening, sakit kepala, anggota badan kebas, dan cirit birit.

Dalam kajian yang dilakukan, beberapa haiwan telah mati selepas diberi Pokok Syurga (Tree of Heaven).

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan Pokok Syurga (Tree of Heaven)?

Pokok Syurga (Tree of Heaven) ini boleh bertindakbalas dengan ubat atau keadaan perubatan terkini anda. Rujuk pada pakar herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan pakar herba atau doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil herba ini.

Apakah dos yang biasa digunakan bagi Pokok Syurga (Tree of Heaven)?

Dos bagi herba tambahan ini berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada umur, kesihatan, dan beberapa keadaan anda yang lain. Herba tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba atau doktor untuk dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk Pokok Syurga (Tree of Heaven) yang boleh didapati?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut.:

  • Tinktur Pokok Syurga (Tree of Heaven)

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan