Pokok Saga

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan saga?

Pokok saga adalah sejenis tumbuhan yang memanjat. Akar, daun dan bijinya boleh digunakan untuk dibuat ubat akan tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan tumbuhan ini boleh merawat sebarang penyakit.

Akarnya boleh diambil melalui mulut untuk asma, bengkak tiub bronkus, demam, hepatitis, malaria, sawan, patukan ular, sakit tekak, sakit perut, jangkitan cacing pita dan untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Daunnya pula boleh diambil melalui mulut untuk demam, batuk, selesema, demam selesema, gigitan serengga, dan gonorea.

Walaupun terdapat kebimbangan akan keselamatan pengambilannya, golongan wanita tetap menggunakannya untuk mempercepatkan proses bersalin, menggugurkan anak dan mencegah kehamilan. Tumbuhan ini juga digunakan sebagai penahan sakit bagi pesakit terminal.  Keseluruhan bahagian tumbuhan ini pula boleh digunakan untuk bengkak mata.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan; pokok saga ini mengandungi abrin, yang bertoksik serta menghalang sel daripada membiak dan berfungsi dengan normal. Pokok saga mungkin boleh digunakan untuk mengawal kehamilan dengan menyekat ovulasi bagi wanita dan menurunkan paras testosteron dan kiraan sperma bagi lelaki. Ia juga boleh membantu untuk menghapuskan jangkitan bakteria tertentu, cacing pita dan parasit yang mengakibatkan malaria. Bijinya pula mengandungi bahan kimia yang boleh memperlahankan pembekuan darah, mengurangkan bengkak dan alahan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil saga?

Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap saga atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat digunakan?

Pokok saga berkemungkinan tidak selamat diambil melalui mulut. Ia mengandungi bahan kimia yang dipanggil abrin. Abrin adalah bahan beracun yang boleh membawa maut walaupun dengan dos yang rendah. Simptom ketoksikan termasuklah:

  • Sakit perut / perut memulas
  • Cirit birit dan muntah yang teruk sehingga berdarah
  • Kadar degupan jantung yang laju
  • Ketoksikan pada hati dan ginjal

Simptom boleh berlaku dalam beberapa jam atau muncul hanya beberapa hari selepas pengambilan tumbuhan ini. Kematian boleh berlaku selepas 3-4 hari mengalami masalah perut yang berterusan dan simptom-simptom lain.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Tumbuhan ini sememangnya tidak selamat untuk mana-mana individu mengambilnya, terutamanya golongan yang berikut yang perlu lebih berhati-hati, iaitu:

Wanita hamil dan menyusukan bayi:  Saga tidak selamat untuk diambil melalui mulut sewaktu hamil dan menyusukan bayi. Ia mengandungi bahan kimia bertoksik (abrin) yang boleh menyebabkan proses bersalin berlaku lebih awal. Elakkan penggunaannya.

Kanak-kanak:  Ia tidak selamat digunakan bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mudah tertarik dengan bijinya yang merah menyala dan perkara ini adalah tidak bagus,kerana hanya dengan tertelan satu biji boleh membawa maut disebabkan keadaan tubuh mereka yang sangat sensitif dengan kesan toksik tumbuhan ini. Sekiranya anda mengesyaki sebarang keracunan berlaku,  dapatkan segera bantuan perubatan.

Masalah pendarahan:  Saga boleh memperlahankan pembekuan darah . Secara teorinya, ia boleh menambahkan keseriusan masalah pendarahan.

Diabetes:  Saga juga boleh menurunkan paras gula dalam darah.  Perhatikan tanda-tanda hipoglisemia (paras gula dalam darah rendah) dan periksa paras gula dengan teliti sekiranya anda menghidapi diabetes sebelum menggunakannya.

Pembedahan:  Saga boleh memperlahankan pembekuan darah dan menrendahkan paras gula dalam darah. Secara teorinya, saga mungkin meningkatkan risiko pendarahan dan menjejaskan kawalan gula dalam darah semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambil herba ini sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan saga?

Saga mengandungi bahan kimia yang dipanggil abrin. Abrin adalah bahan bertoksik yang boleh membawa maut walaupun dengan dos yang rendah.

Apabila biji saga ini terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan:

  • Keradangan
  • Kerengsaan
  • Masalah mata yang teruk

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan saga?

Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos saga  yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan saga yang boleh didapati?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan yang berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Tinktur

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 26, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut