backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pokok Pagoda

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan pokok pagoda?

Pagoda merupakan sebuah pokok. Biji benihnya digunakan untuk membuat ubat.

Walaupun terdapat kebimbangan terhadap faktor keselamatan, pokok pagoda masih digunakan dalam ubat cairan untuk cirit-birit yang teruk.

Bagaimanakah pokok pagoda berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana pokok pagoda ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil pokok pagoda?

Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap pokok pagoda atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan
  • Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat daripada pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

    Adakah pokok pagoda selamat?

    Biji benih pokok pagoda berkemungkinan tidak selamat digunakan bagi kebanyakan orang jika diambil melalui oral.

    Langkah berjaga-jaga serta amaran yang khusus

    Mengandung dan menyusukan anak: Tidak selamat digunakan jika diambil melalui oral ketika sedang mengandung atau menyusukan anak.

    Kesan-kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan pokok pagoda?

    Biji benih boleh menyebabkan kesan sampingan yang sangat serius seperti bengkak pada muka, keracunan atau kematian.

    Bukan semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan pokok pagoda?

    Pokok pagoda ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos pokok pagoda yang biasa diberikan?

    Dos untuk pokok pagoda ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

    Ketersediaan pokok pagoda

    Pokok pagoda boleh disediakan dalam bentuk:

    • Tinktur Huai Hua Mi (Sophora Japonica)

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan