Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Pagoda merupakan sebuah pokok. Biji benihnya digunakan untuk membuat ubat.
Walaupun terdapat kebimbangan terhadap faktor keselamatan, pokok pagoda masih digunakan dalam ubat cairan untuk cirit-birit yang teruk.
Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana pokok pagoda ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat daripada pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Biji benih pokok pagoda berkemungkinan tidak selamat digunakan bagi kebanyakan orang jika diambil melalui oral.
Mengandung dan menyusukan anak: Tidak selamat digunakan jika diambil melalui oral ketika sedang mengandung atau menyusukan anak.
Biji benih boleh menyebabkan kesan sampingan yang sangat serius seperti bengkak pada muka, keracunan atau kematian.
Bukan semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Pokok pagoda ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk pokok pagoda ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Pokok pagoda boleh disediakan dalam bentuk:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen