Pokok Elder Amerika

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Pokok Elder Amerika

Kegunaan

Apakah kegunaan Pokok Elder Amerika?

Pokok elder Amerika adalah sejenis tumbuhan. Bunga dan buahnya yang sudah masak digunakan dalam pembuatan ubatan. Ia biasa digunakan dalam merawat keadaan berikut:

  • Asma
  • Bronkitis
  • Selesema
  • Batuk
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kesakitan saraf (neuralgia)
  • Kesakitan sendi (reumatisme)
  • Sakit gigi
  • Bengkak (keradangan)
  • Lebam
  • Kanser
  • Perut berangin
  • Epilepsi
  • Demam
  • Gout
  • Psoriasis
  • Luka-luka
  • Sifilis
  • Penahanan bendalir (edema) disebabkan oleh fungsi jantung yang lemah (kegagalan jantung)

Sesetengah orang menggunakan bahan pokok elder Amerika sebagai “pembersih” yang mengosongkan perut. Ia juga digunakan untuk menghilangkan cecair tambahan dalam badan dengan meningkatkan pengeluaran air kencing (sebagai diuretik), menggalakkan peluh ketika demam, membantu penyembuhan, dan menyebabkan muntah.

Bahan pokok elder Amerika juga digunakan sebagai pencuci mata, mulut dan bahan tuam.

Dalam makanan, bahan pokok elder Amerika dimasak, dimakan dan digunakan untuk membuat wain elderberry. Ia juga digunakan sebagai perasa makanan dan minuman.

Dalam industri pembuatan, ekstrak bahan pokok elder Amerika digunakan dalam minyak wangi.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahan kimia dalam daun pokok elder Amerika mungkin berkesan sebagai julap (laksatif), diuretik dan pembunuh kuman. Ia juga kaya dengan kandungan vitamin C.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pokok Elder Amerika?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok elder Amerika atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Pokok Elder Amerika selamat digunakan?

Bunga pokok elder Amerika atau buahnya yang masak dan ranum selamat untuk kebanyakan orang dewasa dalam jumlah yang biasa terdapat dalam makanan. Terdapat beberapa bukti saintifik yang mencadangkan bunganya adalah selamat dalam jumlah perubatan yang digunakan, di mana ia biasanya dalam jumlah yang lebih besar.

Daun, batang, atau buahnya yang tidak masak adalah tidak selamat. Jika dimakan, ia boleh menyebabkan keracunan sianida (cyanide). Jus yang dihasilkan daripada buah yang belum masak juga kemungkinan besar beracun.

Kehamilan dan penyusuan bayi:

Belum cukup maklumat diketahui tentang penggunaan bahan pokok elder Amerika semasa mengandung dan menyusu. Ambillah jalan yang lebih selamat dan elakkan penggunaan.

Kanak-kanak:

Sesetengah kanak-kanak suka membuat sumpitan mainan dari batang pokok elder Amerika, namun amalan ini tidaklah seselamat yang dijangka. Batang ini mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan keracunan sianida. Beberapa “keracunan sumpitan mainan” telah dilaporkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pokok Elder Amerika?

Beberapa kesan sampingan mungkin termasuk:

  • Loya
  • Muntah
  • Lemah badan
  • Pening
  • Kebas
  • Episod sebelum pengsan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pokok Elder Amerika?

Pokok Elder Amerika mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Terutamanya jika anda ada mengambil:

  • Litium: bahan pokok elder Amerika mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Pengambilannya mungkin akan menjejaskan fungsi baik tubuh anda dalam menyingkirkan litium. Sila rujuk dengan pegawai penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda ada mengambil litium. Dos litium anda mungkin perlu diubah.
  • Ubatan yang diproses oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4)). Bahan pokok elder Amerika mungkin melambatkan proses penguraian beberapa ubat pada hati anda. Sebelum mengambinya, sila berbincang dengan pegawai penjagaan kesihatan anda jika anda mengambil apa-apa ubat yang diproses oleh hati. Ubat-ubat ini termasuk lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pokok Elder Amerika yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Pokok Elder Amerika?

Suplemen herba ini boleh tersedia dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Sirap

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut