backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pokeweed

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan pokeweed?

Pokeweed adalah sejenis tumbuhan liar, yang dikenali di seluruh Amerika dan di kebanyakan negara Eropah. Beri, daun dan akarnya digunakan sebagai ubat.

Akar Pokeweed telah digunakan untuk:

  • Sakit otot dan sendi (reumatik)
  • Bengkak hidung, tekak, dan dada
  • Tonsilitis (radang tonsil)
  • Tekak garau (laringitis)
  • Pembengkakan kelenjar limfa (adenitis)
  • Nyeri dan bengkak payudara (mastitis)
  • Beguk
  • Jangkitan kulit termasuk kudis buta, tinea, sikosis, kurap, dan jerawat
  • Penahanan cecair (edema)
  • Kanser kulit
  • Senggugut (dismenorea)
  • Sifilis

Pokeweed boleh dipreskripsikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan pokeweed?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam pokeweed atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan
  • Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat berbanding kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut

Sejauh manakah pokeweed selamat digunakan?

Kanak-kanak:

Pokeweed tidak selamat untuk kanak-kanak. Walaupun hanya satu buah beri boleh menyebabkan keracunan bagi seorang kanak-kanak.

Kehamilan dan menyusu:

Pokeweed tidak selamat untuk digunakan oleh sesiapa sahaja, tetapi wanita hamil mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk tidak menggunakannya melalui mulut atau menyapunya pada kulit.

Beri pokeweed boleh menyebabkan uterus mengendur (kontraksi) dan seterusnya menyebabkan keguguran.

Wanita yang menyusukan bayi juga perlu elakkan pengambilan pokeweed.

Kesan sampingan

Apakah jenis kesan sampingan yang saya boleh alami dari pengambilan pokeweed?

Semua bahagian tumbuhan pokeweed, terutama akarnya adalah beracun.

Pokeweed boleh menyebabkan rasa mual, muntah, kekejangan, sakit perut, cirit-birit, tekanan darah rendah, kesukaran mengawal air kencing (inkontinensia), dahaga, dan lain-lain kesan sampingan yang serius.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang saya boleh alami dengan pengambilan pokeweed?

Suplemen herba ini boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Dapatkan nasihat ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

  • Akar pokeweed mungkin mempunyai kesan anti-radang, dan justeru itu boleh meningkatkan lagi tindakbalas dengan ubat-ubatan anti-radang
  • Pokeweed mungkin mempunyai kesan antivirus, dan dengan itu boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan antiviral
  • Pokeweed boleh menyebabkan sekat jantung Mobitz jenis I, dan oleh itu mungkin bertindak balas dengan glikosida jantung, seperti digoxin atau digitoxin
  • Pokeweed mungkin mempunyai aktiviti diuretik, dan mungkin meningkatkan tindak balas dengan ubat diuretik lain. Sila ambil langkah berjaga-jaga

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk pokeweed?

Dalam dos 1 gram akar pokeweed kering adalah emetik dan purgatif.

Dalam dos yang lebih rendah sebanyak 60 hingga 100 mg/hari, akar dan beri telah digunakan untuk merawat reumatisme dan untuk rangsangan imun.

Walau bagaimanapun, tiada ujian klinikal yang menyokong penggunaan atau dos ini.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan pokeweed yang boleh didapati?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Pokeweed kering
  • Ekstrak cecair
  • Serbuk
  • Kapsul
  • Selalunya terdapat dalam aplikasi topikal seperti krim, salap, dan minyak

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan