Pellitory

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Pellitory?

Pellitory adalah suatu tumbuhan. Akarnya digunakan untuk membuat ubatan.

Orang mengambil Pellitory untuk merawat artritis dan bagi memulihkan penghadaman.

Kadangkala Pellitory disapukan secara terus pada gusi bagi merawat sakit gigi dan pada kulit untuk membunuh serangga.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimana pun, diketahui bahawa Pellitory boleh merangsang hujung saraf.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Pellitory?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Pellitory atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Pellitory selamat digunakan?

Tiada maklumat yang cukup untuk mengetahui sekiranya Pellitory adalah selamat digunakan.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Tidak banyak yang diketahui tentang penggunaan Pellitory semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.

Alergi terhadap ragweed, bunga daisi dan tumbuhan yang berkaitan: Pellitory boleh menyebabkan tindak balas alergi pada orang yang sensitif terhadap keluarga tumbuhan Asteraceae / Compositae. Anggota keluarga ini termasuk ragweed, kekwa, marigold, daisi dan banyak lagi. Sekiranya anda mempunyai alergi, pastikan anda menyemak dengan doktor anda sebelum mengambil Pellitory.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pellitory?

Kemerahan kulit dan kerengsaan boleh berlaku pada sesetengah orang yang terlebih menggunakannya.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Pellitory?

Pellitory mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Pellitory yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Pellitory?

Pellitory boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Ekstrak akar cecair.
  • Ekstrak akarkara berkapsul.
  • Serbuk akarkara.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019