backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pau D'arco

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan pau d’arco?

Kulit kayu dan kayu pau d’arco digunakan untuk membuat ubat. Ia biasanya digunakan untuk merawat:

  • Jangkitan pernafasan virus seperti selesema, flu dan flu H1N1 (babi)
  • Jangkitan seksual seperti gonorrhea dan sifilis
  • Jangkitan prostat dan pundi kencing
  • Jangkitan kurap dan parasit lain
  • Jangkitan yis
  • Cirit birit berjangkit
  • Kanser
  • Anemia
  • Diabetes
  • Ulser
  • Keradangan perut (gastritis)
  • Pelega hati
  • Asma
  • Bronkitis
  • Sakit sendi
  • Hernia
  • Bisul
  • Luka
  • Pau d’arco disapukan secara langsung pada kulit bagi jangkitan Candida.

    Pau d’arco mungkin diberikan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakah pau d’arco berfungsi?

    Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan terdapat dua bahan kimia aktif dalam pau d’arco yang dipanggil naphthoquinones: lapachol dan beta-lapachone.

    Dalam ujian makmal, bahan-bahan kimia ini membunuh beberapa bakteria, kulat, virus, dan parasit. Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan mungkin berkesan terhadap penyakit seperti osteoartritis. Tetapi tiada siapa yang tahu sama ada ia akan mempunyai kesan yang sama pada manusia, dan dos yang diperlukan akan mempunyai kesan sampingan yang teruk dan bertoksik.

    Langkah berjaga-jaga & amaran

    Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil pau d’arco?

    Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba, sekiranya:

    • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
    • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
    • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam pau d’arco atau ubatan lain atau herba lain
    • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
    • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

    Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah pau d’arco selamat digunakan?

    Kanak-kanak:  Jangan beri pau d’arco kepada bayi atau kanak-kanak.

    Mengandung dan menyusu badan:  Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan mengambil pau d’arco jika anda menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.

    Pembedahan:  Berhenti menggunakan pau d’arco sekurang-kurangnya dua minggu sebelum prosedur yang dijadualkan.

    Kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan pau d’arco?

    Pau d’arco mungkin tidak selamat digunakan apabila diambil melalui mulut dalam dos yang biasa. Dos yang tinggi boleh mengakibatkan loya teruk, muntah, cirit birit, pening dan pendarahan dalaman.

    Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan pau d’arco?

    Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

    Elak dari mengambil pau d’arco terutamanya jika anda mengambil ubat antiplatelet and antikoagulan. Pau d’arco mungkin menjejaskan keupayaan darah untuk beku dan boleh mengganggu ubat cair darah, termasuk Warfarin (Coumadin), Clopidogrel (Plavix) Aspirin.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

    Apakah kebiasaan dos bagi pau d’arco?

    Kapsul:

    Dos yang disyorkan adalah 300-500 mg; tiga kali sehari.

    Tinktur (1:5):

    Dos yang disyorkan adalah 0.5 – 1 Ml dua atau tiga kali sehari.

    Rebusan:

    Rebus kulit kayu kering atau teras kayu selama sekurang-kurangnya 8 minit dan minum satu setengah hingga satu cawan penuh 2-4 kali sehari.

    Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

    Ketersediaan pau d’arco?

    Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

    • Tablet
    • Teh kulit kayu kering
    • Tinktur (yang mengandungi alkohol)
    • Rebusan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan