Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Passionflower adalah ubat herba. Ia digunakan untuk masalah tidur (insomnia), gangguan gastrointestinal (GI) yang berkaitan dengan kebimbangan atau kegelisahan, gangguan kebimbangan umum (GAD) dan melegakan simptom yang berkaitan dengan ketagihan dadah narkotik.
Passionflower juga digunakan untuk sawan, histeria, asma, simptom menopaus, gangguan kekurangan tumpuan (ADHD), kegelisahan dan kegembiraan, berdebar-debar, degupan jantung tidak teratur, tekanan darah tinggi, fibromyalgia dan pelega kesakitan.
Sesetengah orang menyapukan passionflower kepada kulit untuk buasir, melecur, sakit dan bengkak (keradangan).
Passionflower boleh diberikan untuk kegunaan lain; tanya doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berbincang dengan ahli herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan passionflower berfungsi dengan meningkatkan tahap bahan kimia yang dipanggil asid gamma aminobutyric (GABA) dalam otak. GABA merendahkan aktiviti sesetengah sel otak, seterusnya menjadikan anda berasa lebih tenang.
Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:
Pengawalan bagi suatu herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Kanak-kanak: Tiada kajian yang mengkaji kesan passionflower pada kanak-kanak. Jadi jangan beri passionflower kepada kanak-kanak tanpa pengawasan doktor.
Ubah dos dewasa yang disyorkan bagi mengira berat badan kanak-kanak.
Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil passionflower jika anda hamil atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.
Pembedahan: Berhenti mengambil passionflower sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Passionflower boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, seperti:
Tiada maklumat yang cukup bagi mengukur keselamatan passionflower apabila disapukan pada kulit.
Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.
Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.
Ubatan yang mungkin berinteraksi dengan herba ini, termasuk:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.
Ekstrak cecair Passionflower:
Dos yang disyorkan adalah 45 titik setiap hari untuk gangguan kebimbangan umum (GAD).
Dos yang disyorkan adalah 60 titik ekstrak cecair Passionflower gabungan dengan 0.8 mg clonidine bagi mengurangkan simptom yang berkaitan dengan gian ubat narkotik.
Tablet passionflower:
90 mg/hari juga telah digunakan untuk merawat gangguan kebimbangan umum (GAD).
Teh Passionflower:
Rendam 0.5 hingga 2 g herba kering dalam 1 cawan air yang mendidih selama 10 minit; tapis dan sejukkan.
Untuk merawat kegelisahan, minum 3 hingga 4 cawan setiap hari.
Untuk merawat insomnia, minum 1 cawan sejam sebelum tidur.
Tinktur Passionflower (1:5 dalam 45% alkohol):
Dos yang disyorkan adalah 10-45 titik, 3 kali sehari.
Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.
Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen