Pantethine

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Panthetine?

Pantethine merupakan penokok diet yang dikaitkan dengan vitamin B5 (asid pantotenic).

Pantethine digunakan untuk:

  • Menurunkan kolesterol.
  • Mencegah keradangan.
  • Menggalakkan aktiviti sistem imun.
  • Merawat sistinosis.
  • Merawat penyakit gastrointestinal (GI).
  • Memperbaiki prestasi atletik.
  • Memperbaiki tenaga.
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Memperbaiki fungsi adrenal.
  • Melindungi daripada stress mental dan fizikal.
  • Mencegah simptom alergi bagi orang yang alergi pada formaldehid.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana Pantethine berfungsi. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa Pantethine boleh meningkatkan kepekatan bahan kimia yang menurunkan kolesterol dan trigliserida dalam darah.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Panthetine?

Berunding dengan doktor anda sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam Pantethine atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Pengawalan bagi makanan tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil makanan tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut

Adakah Panthetine selamat digunakan?

Mengambil Pantethine melalui mulut mungkin selamat digunakan untuk kebanyakan orang sehingga setahun.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil Pantethine jika anda mengandung atau menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaan.

Gangguan pendarahan: Terdapat beberapa bukti bahawa Pantethine dapat memperlahankan pembekuan darah. Oleh itu sesetengah doktor bimbang yang Pantethine mungkin meningkatkan risiko pendarahan teruk pada pesakit yang menghidap gangguan pendarahan. Sekiranya anda mempunyai gangguan pendarahan, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan Pantethine.

Pembedahan: Pantethine mungkin melambatkan pembekuan darah. Terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin meningkatkan risiko pendarahan tambahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan Pantethine sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Panthetine?

Pantethine boleh menyebabkan loya, cirit birit dan ketidakselesaan perut.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Panthetine?

Pantethine mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum guna.

Produk yang boleh bertindak balas dengan Pantethine termasuk:

  • Ubat antikoagulan / antiplatelet

Pantethine boleh memperlahan pembekuan darah. Mengambil Pantethine bersama dengan ubatan yang juga memperlahan pembekuan darah boleh meningkatkan peluang lebam dan pendarahan.

Sesetengah ubatan yang memperlahan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin) dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Panthetine yang biasa digunakan?

Untuk merawat lemak yang terlalu banyak dalam darah (hiperlipoproteinemia): 300 mg Pantethine 3 hingga 4 kali sehari.

Dos bagi Pantethine mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Makanan tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Panthetine?

Pantethine boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Kapsul, softgel Pantethine.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.