Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Orris merupakan sejenis tumbuhan. Akar pokok Orris digunakan untuk dibuat ubat. Secara umumnya akar pokok Orris akan digabungkan dengan herba lain dan selalu dijumpai dalam pencairan homeopatik dan teh.
Akar pokok Orris digunakan untuk “pembersihan darah,’ “merangsang kelenjar,’ meningkatkan aktiviti buah pinggang, merangsang nafsu makan dan pencernaan, dan meningkatkan aliran hempedu. Ia juga digunakan untuk sakit kepala, sakit gigi, sakit otot dan sendi, migrain, sembelit, kembung, diabetes, dan penyakit kulit.
Sesetengah orang menggunakan akar pokok Orris untuk merawat bronkitis, selesema, kanser, sakit belakang yang disebabkan oleh saraf sciatik (sciatica), dan bengkak (peradangan) limpa. Ia juga digunakan untuk perangsang untuk muntah, mengosongkan perut, dan memberikan ketenangan.
Akar pokok Orris juga digunakan secara langsung bagi merawat penyakit-penyakit yang menjejaskan bau pernafasan, polip hidung, gigi, ketumbuhan, parut, sakit otot dan sendi, serta luka akibat terbakar dan terpotong.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Orris ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun begitu, Orris ini mengandungi banyak bahan kimia, yang membolehkan melegakan sumbatan pada paru-paru dan memudahkan untuk batuk.
Sila berbincang dengan doktor atau penjual herba sekiranya:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Orris selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui oral.
Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Orris jika digunakan secara terus pada kulit.
Mengandung serta menyusukan anak: Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Orris pada ibu mengandung dan menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elak daripada menggunakannya.
Tiada kesan sampingan yang diketahui jika akar dikupas dan dikeringkan dengan teliti. Walau bagaimanapun, jus pokok atau akar tumbuhan segar boleh menyebabkan kerengsaan mulut yang teruk, sakit perut, muntah, dan cirit-birit berdarah. Jus atau akar tumbuhan segar boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang teruk.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.
Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk Orris mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Orris boleh didapati dalam bentuk:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen