Nerve Root

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Nerve Root?

Nerve Root lazimnya digunakan untuk :

  • Masalah haid.
  • Cirit-birit.
  • Kecelaruan tidur.
  • Keresahan.
  • Sklerosis multipel.
  • Tekanan emosi.
  • Histeria.
  • Kejengkelan.
  • Kegelisahan.
  • Kegatalan pada faraj (dengan menyapunya pada tempat yang gatal).

Bagaimana ia berfungsi?

Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan Nerve Root boleh bertindak sebagai agen pengeringan untuk mengecutkan pembuluh darah. Namun, kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana Nerve Root berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Nerve Root?

Sebelum mengambil Nerve Root, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Nerve Root atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Nerve Root selamat digunakan?

Nerve Root barangkali tidak selamat untuk kebanyakan orang jika diambil melalui mulut. Ia boleh mengakibatkan halusinasi, pening kepala, kegelisahan, sakit kepala, kerengsaan kulit dan kesan sampingan yang lain.

Langkah berjaga-jaga khusus dan amaran

Wanita hamil dan menyusukan bayi

Ia barangkali tidak selamat untuk diambil bagi wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Nerve Root?

Tiada maklumat yang mencukupi mengenai kesan sampingan penggunaan Nerve Root.Namun, dalam sesetengah kes, disebabkan oleh sensitiviti pesakit, ia boleh menyebabkan tindak balas alahan. Pengambilannya juga boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti halusinasi, pening kepala, kegelisahan, sakit kepala, kerengsaan kulit dan kesan sampingan yang lain. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Nerve Root?

Nerve Root mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Nerve Root yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Nerve Root?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Kapsul yang dicampur dengan suplemen herba lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 23, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut