nattokinase

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan nattokinase?

Nattokinase adalah enzim yang diekstrak daripada sejenis makanan Jepun yang dipanggil natto. Natto adalah kacang soya yang telah ditapai dengan bakteria (Bacillus natto) dan kemudiannya direbus.

Nattokinase digunakan untuk penyakit kardiovaskular termasuklah sakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, sakit dada (angina), trombosis vena dalam (DVT), aterosklerosis, hemoroid, vena varikos, peredaran yang lemah dan penyakit arteri periferi.

Ia juga digunakan untuk kesakitan, fibromialgia, sindrom kelesuan kronik, endometriosis, fibroid, spasma otot, kemandulan, kanser dan beri-beri (penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin).

Bagaimana ia berfungsi?

Nattokinase diketahui mampu mengurangkan kemampuan darah untuk membeku . Ia boleh menipiskan darah dan memberi perlindungan daripada masalah yang disebabkan oleh darah beku seperti strok, serangan jantung dan lain-lain. Namun, kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana Nattokinase berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil nattokinase?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap Nattokinase atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba untuk maklumat lanjut.

Adakah nattokinase selamat digunakan?

Nattokinase selamat digunakan apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang biasa ditemui dalam makanan. Ia merupakan komponen semula jadi dalam natto dan sudah biasa dimakan oleh masyarakat Jepun sejak beratus tahun dahulu.

Nattokinase juga selamat apabila diambil melalui mulut sebagai ubat selagi mana mengikut dos yang ditetapkan (pengambilan 2 dos produk spesifik yang mengandungi Nattokinase adalah selamat) namun keselamatan penggunaannya tidak diketahui sekiranya diambil lebih daripada 2 dos.

Langkah berjaga-jaga khas dan amaran

Wanita hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan Nattokinase semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Kecelaruan pendarahan

Nattokinase bertindak seperti penipis darah dan boleh membuatkan kecelaruan pendarahan dan bertambah teruk. Gunakan ia dengan berhati-hati.

Pembedahan

Nattokinase boleh meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan nattokinase?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berunding dengan doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan nattokinase?

Nattokinase mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Ubat Antikoagulan / antiplatlet

Nattokinase boleh mengurangkan  pembekuan darah. Pengambilan Nattokinase bersama dengan  ubat yang turut memperlahankan pembekuan darah serta meningkatkan risiko pendarahan dan lebam yang berlebihan.

Antara ubat yang digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, others), naproxen (Anaprox, Naprosyn, others), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos nattokinase yang biasa digunakan?

Dos untuk Nattokinase mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan nattokinase?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Kapsul Nattokinase 100mg.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut