NADH

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan NADH?

NADH adalah singkatan bagi “Nicotinamide Adenine Dinucleotide (NAD) + Hydrogen (H)”. Ia boleh digunakan sebagai ubat.

NADH digunakan untuk:

  • Meningkatkan kecerdasan minda, kepekaan,tumpuan dan memori.
  • Merawat penyakit Alzheimer.
  • Meningkatkan  stamina.
  • Merawat sindrom kelesuan kronik (CFS.
  • Merawat tekanan darah tinggi, paras kolesterol yang tinggi, gangguan pada ritma harian (jet lag), kemurungan, dan penyakit Parkinson.
  • Merangsang sistem imun.
  • Melawan kesan alkohol pada hati dan hormon testosteron.
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan.
  • Melindungi daripada kesan sampingan ubat AIDS yang dipanggil zidovudine (AZT).
  • Doktor kadangkala beri NADH melalui suntikan intramuskular (IM) atau intravena (IV) bagi penyakit Parkinson dan kemurungan.

Bagaimana ia berfungsi?

Sememangnya diketahui NADH yang berada di dalam tubuh badan kita terbabit dalam penghasilan tenaga. Namun, kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana NADH berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil NADH?

Sebelum mengambil NADH, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap NADH atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah NADH selamat digunakan?

NADH selamat digunakan oleh kebanyakan orang jika diambil dengan betul dan untuk tempoh yang singkat, sehingga 12 minggu.

Langkah berjaga-jaga khas dan amaran

Wanita hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan NADH semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila ambil jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan NADH?

Kebanyakan orang tidak mengalami sebarang kesan sampingan apabila mengambil dos harian yang disarankan, iaitu 10 mg.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan NADH?

NADH mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos NADH yang biasa digunakan?

Dos untuk NADH mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor tentang dos yang sesuai bagi anda.

Apakah bentuk penyediaan NADH?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Kapsul NADH.
  • Tablet NADH.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 23, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut