N-Acetyl Glucosamine

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan N-Acetyl Glucosamine?

N-acetyl Glucosamine lazimnya digunakan untuk melegakan simptom-simptom penyakit usus inflamatori (inflammatory bowel disease) bagi kanak-kanak yang menghidapi penyakit Crohn dan kolitis ulseratif jika diambil melalui mulut atau dubur. Ia juga digunakan untuk merawat osteoartritis.

Bagaimana ia berfungsi?

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa N-acetyl Glucosamine adalah bahan kimia yang datang daripada cangkerang kerang-kerangan (shellfish). Bahan kimia ini boleh membantu untuk melindungi permukaan perut dan usus, namun, kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil N-Acetyl Glucosamine?

Sebelum mengambil N-acetyl Glucosamine, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap N-acetyl Glucosamine atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah N-Acetyl Glucosamine selamat digunakan?

Tiada maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan penggunaan N-acetyl Glucosamine.

Langkah berjaga-jaga khas dan amaran

Wanita hamil dan menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan N-acetyl Glucosamine semasa hamil dan menyusukan bayi. Ambil jalan selamat dan elakkan penggunaannya.

Asma

Pengambilan Glucosamine boleh memburukkan lagi asma, tetapi para penyelidik sendiri tidak pasti bagaimana ia boleh terjadi. Oleh itu, sekiranya anda menghidapi asma, gunakan Glucosamine dengan berhati-hati.

Diabetes

Beberapa penyelidikan awal mengatakan Glucosamine boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi orang yang menghidapi diabetes, namun, penyelidikan  terkini yang lebih dipercayai menunjukkan bahawa Glucosamine tidak begitu menjejaskan kawalan gula dalam darah bagi mereka yang menghidapi diabetes jenis 2. Asalkan anda memantau secara berkala paras gula dalam darah, Glucosamine boleh diambil dengan selamat.

Pembedahan

N-acetyl Glucosamine boleh menjejaskan paras gula dalam darah,  dan dibimbangi ia akan mengganggu kawalan gula semasa dan selepas pembedahan.  Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan N-Acetyl Glucosamine?

Masih tiada maklumat yang mencukupi tentang kesan  sampingan penggunaan N-acetyl Glucosamine

Namun, terdapat kebimbangan mengenai produk Glucosamine yang boleh mengakibatkan tinda kbalas alergi bagi mereka yang sensitif dengan kerang-kerangan. Glucosamine dihasilkan daripada cangkerang udang, udang galah dan ketam, tetapi tindak balas alergi selalunya berlaku kerana daging kerang-kerangan itu bukan cangkerangnya. Tidak terdapat laporan mengenai tindak balas alergi terhadap Glucosamine bagi mereka yang sensitif dengan  kerang-kerangan. Jika dipandang dari sudut positif, orang yang mempunyai alahan dengan kerang-kerangan masih berpeluang untuk menggunakan produk Glucosamine dengan selamat.

Terdapat juga kebimbangan tentang Glucosamine yang boleh meningkatkan jumlah insulin dalam badan. Insulin yang terlalu banyak mengakibatkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol serta lemak dalam darah yang lain (triglycerides) meningkat. Kajian yang dilakukan ke atas haiwan sememangnya menunjukkan Glucosamine boleh meningkatkan paras kolesterol, akan tetapi para penyelidik tidak menemui kesan tersebut kepada tubuh badan manusia. Sebaliknya, kajian terkini menunjukkan bahawa Glucosamine tidak meningkatkan tekanan darah atau paras kolesterol bagi golongan yang berumur 45 tahun ke atas yang mengambil Glucosamine sulfate sehingga tiga tahun.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan N-Acetyl Glucosamine?

N-Acetyl Glucosamine mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini ialah:

  • Warfarin (Coumadin)

Warfarin (Coumadin) digunakan untuk memperlahankan pembekuan darah. Terdapat beberapa laporan menunjukkan bahawa mengambil N-acetyl Glucosamine dengan atau tanpa chondroitin boleh meningkatkan kesan warfarin (Coumadin). Perkara ini akan menyebabkan lebam dan pendarahan  yang boleh menjadi serius. Elakkan dari pengambilan N-acetyl Glucosamine jika anda juga sedang mengambil warfarin.

  • Ubat untuk merawat kanser (Kemoterapi)

Terdapat kebimbangan, N-acetyl Glucosamine mampu mengurangkan  keberkesanan ubat yang digunakan merawat kanser akan tetapi ia masih terlalu awal untuk diketahui adakah benar tindak balas tersebut berlaku.

  • Ubat untuk diabetes

Terdapat kebimbangan mengenai N-acetyl Glucosamine yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi mereka yang menghidapi diabetes dan mengurangkan keberkesanan ubat antidiabetik. Namun, kajian terbaru menunjukkan N-acetyl Glucosamine tidak meningkatkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes dan  tidak mengurangkan keberkesanan ubat yang digunakan. Namun, sebagai langkah berhati-hati, jika anda menghidapi diabetes dan mengambil N-acetyl Glucosamine, pantau paras gula dalam darah dengan teliti.

  • Acetaminophen (Tylenol dan lain-lain)

Terdapat kebimbangan mengenai pengambilan N-acetyl Glucosamine bersama dengan acetaminophen boleh menjejaskan keberkesanan kedua-duanya, akan tetapi lebih banyak maklumat diperlukan  untuk mengetahui sekiranya tindak balas ini benar-benar membahayakan.

Keadaan perubatan yang mungkin bertindak balas dengan suplemen ini ialah: Asma, diabetes dan pembedahan.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos N-Acetyl Glucosamine yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan N-Acetyl Glucosamine?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Kapsul (250mg,500mg atau 750mg).

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 23, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 23, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.