Myrcia

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Myrcia?

Myrcia ialah pokok renek bersaiz sederhana. Masyarakat mengambil Myrcia melalui mulut untuk:

  • Kencing manis
  • Cirit-birit
  • Cirit-birit berdarah
  • Usus bengkak
  • Pendarahan
  • Tekanan darah tinggi
  • Ulser mulut

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian masih lagi tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengurangkan gula daripada diserap di dalam perut. Ini mungkin membantu mengurangkan gula di dalam darah selepas makan kepada pesakit kencing manis. Myrica juga mengurangkan penghasilan hormon thyroid.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Myrcia?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap Myrcia atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat?

Masih tidak terdapat maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sekiranya ia selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan menyusukan anak: Masih tiada maklumat yang sahih tentang keselamatan untuk mengambil Myrcia jika anda mengandung atau menyusu. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan menggunakannya.

Hormon thyroid kurang aktif (hypothyroidism): Myrcia mungkin mengurangkan penghasilan hormon thyroid. Ini mungkin menyebabkan simptom pesakit yang mempunyai paras hormon thyroid rendah bertambah teruk.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Myrcia?

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan kesan sampingan, sila berhubung ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Myrcia?

Myrcia mungkin bertindak balas dengan ubat yang anda sedang guna atau penyakit yang sedia ada. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor sebelum menggunakannya.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos  yang biasa?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan Mycria?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Myrcia segar

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut