Minyak Serai

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Serai?

Minyak serai digunakan bagi tujuan perubatan termasuk:

  • Menyingkirkan cacing atau parasit lain daripada usus.
  • Mengawal kekejangan otot.
  • Meningkatkan selera.
  • Melegakan retensi cecair.

Menyapukan minyak serai secara langsung kepada kulit dapat mengelakkan nyamuk dan serangga lain.

Minyak serai mungkin akan diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor atau ahli farmasi mahupun ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Serai?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam minyak serai atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Serai selamat digunakan?

Minyak serai kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang dalam jumlah sedikit yang ditemui dalam makanan. Ia tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang banyak.

Ia kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila disapukan pada kulit sebagai penghalang serangga.

Ia tidak selamat untuk menghidu minyak serai.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kanak-kanak: Minyak serai tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak melalui mulut. Terdapat laporan keracunan bagi kanak-kanak dan seorang budak yang baru bertatih mati selepas menelan penghalang serangga yang mengandungi minyak serai.

Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup yang diketahui tentang penggunaan minyak serai semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Serai?

Minyak serai mengakibatkan beberapa kesan sampingan, antaranya:

  • Alergi kulit
  • Kerosakan paru-paru

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Serai?

Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Serai yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Serai?

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut: Minyak serai dalam kepekatan 0.5% hingga 10%.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019