backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Minyak Sawit

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan minyak sawit?

Kebiasaannya minyak sawit digunakan untuk:

  • Mengelakkan kekurangan vitamin A, kanser, penyakit otak serta penuaan.
  • Merawat malaria, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi serta keracunan cyanide.
  • Mengelakkan penurunan berat badan serta meningkatkan metabolisma badan.

Bagaimana minyak sawit berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, telah diketahui bahawa minyak sawit mengandungi lemak tepu dan tidak tepu, vitamin E serta beta- karoten. Ia mungkin mempunyai kesan antioksidan.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil minyak sawit?

Sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya :

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuklah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap minyak sawit atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.
  • Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

    Adakah minyak sawit selamat?

    Minyak sawit selamat digunakan sekiranya diambil dalam jumlah makanan. Ia juga mungkin selamat digunakan pada kanak-kanak serta dewasa jika diambil sebagai ubat sehingga 6 bulan.

    Langkah berjaga-jaga serta amaran khusus

    Mengandung serta menyusukan anak: Minyak sawit selamat digunakan sekiranya diambil sebagai ubat sehingga enam bulan.

    Kesan-kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan minyak sawit?

    Tiada maklumat yang mencukupi tentang kesan sampingan pengambilan minyak sawit. Namun dalam sesetengah kes, alergi boleh berlaku.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

    Tindak balas ubat

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan ubat sawit?

    Suplemen herba ini mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

    Produk yang boleh bertindak balas dengan minyak sawit termasuk: Ubat yang memperlahankan proses pembekuan darah  antikoagulan / antiplatelet).

    Minyak sawit akan mempercepatkan pembekuan darah. Pengambilan minyak sawit bersama-sama ubat yang memperlahankan pembekuan akan menyebabkan ubat ini kurang efektif.

    Beberapa ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, dan lain- lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos minyak sawit  yang biasa diberikan?

    Untuk mencegah kekurangan vitamin A, dos minyak sawit seperti:

    • 3 sudu (9 gram) satu hari minyak sawit untuk orang dewasa dan kanak -kanak berumur 5 tahun ke atas
    • 4 sudu (12 gram) satu hari untuk wanita mengandung
    • 2 sudu (6 gram) untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah

    Ketersediaan minyak sawit

    Minyak sawit boleh didapati dalam bentuk:

    • Gel lembut 250 mg, 1000 mg
    • Gabungan kapsul dengan suplimen lain

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan