Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Minyak nilam diambil daripada daun kering, daun muda dan pucuk tumbuhan Pogostemon cablin. Ia digunakan untuk membuat ubat.
Orang mengambil minyak nilam untuk:
Ia juga digunakan bagi merawat nafas berbau, terutamanya nafas berbau yang disebabkan daripada meminum alkohol.
Dalam makanan dan minuman, minyak nilam digunakan sebagai perasa.
Dalam pembuatan, minyak nilam digunakan dalam minyak wangi dan kosmetik.
Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa minyak nilam ini mungkin membantu melawan jangkitan bakteria dan fungus tertentu.
Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:
Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.
Minyak nilam selamat digunakan dalam jumlah makanan. Tetapi tiada maklumat yang cukup bagi mengetahui jika ia selamat digunakan dalam jumlah ubat yang lebih besar.
Mengandung dan menyusu badan: Tidak banyak yang diketahui tentang penggunaan minyak nilam semasa mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.
Minyak nilam boleh menyebabkan reaksi alergi. Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.
Minyak Nilam mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.
Minyak nilam boleh didapati dalam bentuk yang berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen