Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Minyak Krill digunakan bagi individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, osteoartritis, sindrom pramenstruasi (PMS), arthritis rheumatoid, tekanan darah tinggi, strok, kanser, kemurungan, dan keadaan – keadaan yang lain.
Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba jika anda:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Minyak kril selamat digunakan untuk kebanyakan individu sekiranya digunakan dengan kaedah yang betul serta pada waktu yang singkat (sehingga tiga bulan).
Mengandung serta menyusukan anak: Tidak diketahui sejauh mana keselamatan penggunaan minyak kril terhadap ibu yang mengandung serta menyusukan anak. Sila ambil langkah berjaga- jaga dan elak penggunaannya.
Alergi pada makanan laut: Individu yang mempunyai alergi terhadap makanan laut juga mempunyai risiko alergi terhadap minyak kril. Namun tiada bukti yang kukuh menunjukkan individu yang mempunyai alergi pada makanan laut juga akan alergi pada minyak kril. Sehingga mendapat bukti yang kukuh, elakkan pengambilan minyak kril atau mengambilnya dengan berhati – hati sekiranya mempunyai alergi terhadap makanan laut.
Pembedahan: Oleh kerana minyak kril akan melambatkan pembekuan darah, maka risiko untuk berlakunya pendarahan sebelum dan selepas pembedahan akan menjadi tinggi. Sila berhenti daripada menggunakan minyak kril sekurang – kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pembedahan.
Minyak kril boleh menyebabkan kesan sampingan sama seperti minyak ikan seperti:
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Minyak Krill mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Minyak kril akan melambatkan pembekuan darah. Mengambil minyak kril bersama ubat yang melambatkan pembekuan darah yang lain ( antikoagulan / antiplatelet ) akan meningkatkan risiko untuk menghadapi pendarahan serta bengkak.
Terdapat kebimbangan bahawa orlistat boleh mengurangkan penyerapan minyak krill jika diambil bersama. Untuk mengelakkan berlakunya interaksi ini, ambil minyak orlistat dan krill sekurang-kurangnya selepas dua (2) jam secara berasingan.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Minyak kril tersedia dalam bentuk:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen