Minyak Krill

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Krill?

Minyak Krill digunakan bagi individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, osteoartritis, sindrom pramenstruasi (PMS), arthritis rheumatoid, tekanan darah tinggi, strok, kanser, kemurungan, dan keadaan – keadaan yang lain.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Krill?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba jika anda:

  • Mengandung atau menyusukan anak. Sekiranya anda mengandung atau menyusukan anak, anda hanya boleh makan ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja
  • Pengambilan ubat-ubatan yang lain. Sekiranya anda ada mengambil jenis ubat – ubatan yang lain termasuk ubat boleh dibeli tanpa mendapatkan perskripsi doktor.
  • Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap bahan dalam minyak kril, herba atau ubat – ubatan yang lain.
  • Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan yang lain.
  • Sekiranya anda mempunyai alergi pada bahan lain seperti makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Krill selamat digunakan?

Minyak kril selamat digunakan untuk kebanyakan individu sekiranya digunakan dengan kaedah yang betul serta pada waktu yang singkat (sehingga tiga bulan).

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Mengandung serta menyusukan anak: Tidak diketahui sejauh mana keselamatan penggunaan minyak  kril terhadap ibu yang mengandung serta menyusukan anak. Sila ambil langkah berjaga- jaga dan elak penggunaannya.

Alergi pada makanan laut: Individu yang mempunyai alergi terhadap makanan laut juga mempunyai risiko alergi terhadap minyak kril. Namun tiada bukti yang kukuh menunjukkan individu yang mempunyai alergi pada makanan laut juga akan alergi pada minyak kril. Sehingga mendapat bukti yang kukuh, elakkan pengambilan minyak kril atau mengambilnya dengan berhati – hati sekiranya mempunyai alergi terhadap makanan laut.

Pembedahan: Oleh kerana minyak kril akan melambatkan pembekuan darah, maka risiko untuk berlakunya pendarahan sebelum dan selepas pembedahan akan menjadi tinggi. Sila berhenti daripada menggunakan minyak  kril sekurang – kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh pembedahan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Krill?

Minyak kril boleh menyebabkan kesan sampingan sama seperti minyak ikan seperti:

  • Nafas berbau.
  • Pedih ulu hati.
  • Rasa ikan dalam mulut.
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Berak cair.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Krill?

Minyak Krill mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Minyak kril akan melambatkan pembekuan darah. Mengambil minyak kril bersama ubat yang melambatkan pembekuan darah yang lain ( antikoagulan / antiplatelet ) akan meningkatkan risiko untuk menghadapi pendarahan serta bengkak.

Terdapat kebimbangan bahawa orlistat boleh mengurangkan penyerapan minyak krill jika diambil bersama. Untuk mengelakkan berlakunya interaksi  ini, ambil minyak orlistat dan krill sekurang-kurangnya selepas dua (2) jam secara berasingan.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Krill yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Krill?

Minyak kril tersedia dalam bentuk:

  • cecair gel lembut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 27, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 27, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut