Minyak Kacang Tanah

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Kacang Tanah?

Minyak kacang tanah adalah minyak daripada biji benih, turut dipanggil kacang tanah, tumbuhan kekacang. Minyak kacang tanah digunakan untuk membuat ubat.

Minyak kacang tanah digunakan untuk:

  • Menurunkan kolesterol dan mencegah penyakit jantung.
  • Mengurangkan selera sebagai alat bantuan penurunan berat badan.
  • Mencegah kanser.

Minyak kacang tanah kadangkala disapukan secara terus pada kulit untuk:

  • Artritis dan sakit sendi.
  • Kulit kering.
  • Ekzema.
  • Kulit kepala berkerak dan bersisik tanpa keguguran rambut.
  • Gangguan kulit lain yang menyebabkan bersisik.

Melalui rektum, minyak kacang tanah digunakan dalam salap dan minyak sebagai ubat bagi merawat sembelit.

Dalam pembuatan, minyak kacang tanah digunakan dalam produk penjagaan kulit dan produk penjagaan bayi.

Kadang kala minyak soya yang murah ditambahkan kepada minyak kacang tanah.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana minyak kacang tanah ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa minyak kacang tanah tinggi dalam lemak “baik” monotaktepu, dan rendah lemak “jahat” tepu. Hal ini dipercayai bagi membantu mencegah penyakit jantung dan menurunkan kolesterol. Walau bagaimanapun, dalam kajian yang dibuat terhadap haiwan, minyak kacang tanah telah terbukti menyumbatkan arteri. Hal ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Kacang Tanah?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam minyak kacang tanah atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Kacang Tanah selamat digunakan?

Minyak kacang tanah adalah selamat bagi kebanyakan orang apabila diambil melalui mulut, digunakan pada kulit atau digunakan melalui rektum dalam jumlah ubat.

Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

Kehamilan dan menyusu badan: Minyak kacang tanah adalah selamat dalam kadar yang ditemui dalam makanan, tetapi tiada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika ia selamat dalam jumlah yang lebih besar yang digunakan sebagai ubat. Kekalkan pada kadar makanan yang normal sekiranya anda hamil atau menyusu badan.

Alergi terhadap kacang tanah, kacang soya dan tumbuhan yang berkaitan: Minyak kacang tanah boleh menyebabkan tindak balas alergi yang serius pada orang yang alah kepada kacang tanah, kacang soya, dan tumbuhan lain dalam keluarga Fabaceae.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Kacang Tanah?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang kesan sampingan menggunakan minyak kacang tanah. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, reaksi alergi boleh berlaku.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Kacang Tanah?

Minyak Kacang Tanah mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Kacang Tanah yang biasa digunakan?

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Kacang Tanah?

Minyak kacang tanah boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Minyak pati asli.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019