Minyak Bois De Rose / Rosewood

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan Minyak Bois De Rose / Rosewood?

Minyak Rosewood diperbuat daripada kayu dari pokok Aniba Rosaeodora. Ia biasanya digunakan untuk:

  • Sakit otot
  • Tekanan

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa minyak Rosewood mempunyai aktiviti anti-sawan dan antibiotik.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Minyak Bois De Rose / Rosewood?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada minyak Rosewood atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan  bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Minyak Bois De Rose / Rosewood selamat digunakan?

Kehamilan dan penyusuan bayi: Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Minyak Bois De Rose / Rosewood?

Minyak Rosewood adalah selamat apabila digunakan dalam jumlah kecil pada makanan atau apabila digunakan terus ke kulit. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa-apa kesan sampingan, sila rujuk pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Minyak Bois De Rose / Rosewood?

Minyak Bois De Rose / Rosewood
mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Minyak Bois De Rose / Rosewood yang biasa digunakan?

Dos untuk minyak Rosewood ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang wajar diambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Minyak Bois De Rose / Rosewood?

Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut