Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Mezereon ialah sejenis pokok renek. Mengikut sejarah, kulitnya dijadikan ubat. Tetapi mezereon jarang digunakan sebagai ubat pada masa kini kerana terdapat kebimbangan tentang keselamatannya dan ia juga merupakan pokok yang dilindungi.
Mezereon diambil melalui mulut untuk melegakan sakit kepala dan sakit gigi.
Kadang-kadang ia disapu pada sendi untuk melegakan kesakitan dan meningkatkan perjalanan darah.
Kajian masih lagi tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Walaupun begitu, ia diketahui bahawa mezereon mungkin merangsang kulit.
Sebelum mengambil , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:
Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.
Mezereon tidak selamat jika diambil melalui mulut.
Mezereon juga mungkin tidak selamat jika dikenakan pada kulit.
Kehamilan dan menyusukan anak: Masih tiada maklumat yang sahih tentang keselamatan untuk mengambil mezereon jika anda mengandung atau menyusu. Ambil langkah berjaga-jaga dan elakkan menggunakannya.
Mezereon boleh menyebabkan banyak kesan sampingan yang serius termasuklah bengkak mulut dan kemerahan, perut memulas, kencing berdarah, halusinasi, degupan jantung laju, kejang, dan kematian.
Mezereon boleh menyebabkan kulit merah, bengkak yang menyakitkan, melepuh, dan kerosakan kulit kekal (necrosis). Jika mezereon terkena mata, ia boleh menyebabkan kegatalan dan bengkak mata yang serius.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan. Mungkin terdapat kesan sampingan yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang kesan sampingan, sila hubungi ahli herba atau doktor anda.
Mezereon mungkin bertindak balas dengan ubat yang anda sedang guna atau penyakit yang sedia ada. Sila berbincang dengan penjual herba atau doktor sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.
Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen