Meadowsweet

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan meadowsweet?

Meadowsweet merupakan suatu tumbuhan. Bahagian yang tumbuh atas tanah digunakan bagi membuat ubat. Orang menggunakannya untuk merawat:

  • Selesema
  • Bronkitis
  • Sakit perut
  • Pedih ulu hati
  • Penyakit ulser peptik 
  • Sakit sendi termasuk gout
  • Pengeluaran air kencing meningkat
  • Membunuh kuman dalam air kencing penghidap jangkitan pundi kencing

Meadowsweet mungkin diberikan untuk kegunaan lain; rujuk doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana herba tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian menunjukkan meadowsweet mengandungi tannin, yang meredakan keradangan (bengkak) dan mengurangkan mukus (kahak). Ia juga mengandungi sedikit salisilat yang sama seperti aspirin.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil meadowsweet?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang hamil atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam meadowsweet atau ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

Pengawalan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk maklumat lanjut.

Adakah meadowsweet selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan: Tidak cukup maklumat yang boleh dipercayai tentang keselamatan menggunakan meadowsweet jika anda sedang mengandung dan menyusu badan. Ambillah pendapat yang selamat dan elakkan penggunaannya.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan meadowsweet?

Meadowsweet boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, termasuk:

  • Loya
  • Ruam kulit
  • Penyempitan paru-paru
  • Darah pada najis
  • Muntah
  • Telinga berdesing
  • Masalah buah pinggang

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan meadowsweet?

Herba tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda sebelum guna.

Penyakit atau ubatan yang mungkin bertindak balas dengan herba anda, seperti:

  • Alergi aspirin: Meadowsweet mengandungi bahan yang sama dengan bahan kimia yang terdapat dalam aspirin. Jadi, mereka yang alergi terhadap aspirin mungkin akan alergi terhadap meadowsweet juga
  • Aspirin: Mengambil meadowsweet bersama dengan aspirin mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan aspirin
  • Choline Magnesium Trisalisilat (Trilisate): Mengambil meadowsweet bersama dengan choline magnesium trisalisilat (Trilisate) mungkin meningkatkan kesannya
  • Ubat-ubatan untuk kesakitan (ubat-ubatan narkotik): Mengambil ubat meadowsweet mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan beberapa ubatan untuk kesakitan. Ubat-ubatan untuk kesakitan termasuk meperidine (Demerol), hidrokodon, morfin, OxyContin, dan banyak lagi
  • Salsalate (Disalcid): Mengambil salsalate dengan meadowsweet boleh menyebabkan terlalu banyak salisilat dalam badan. Hal ini mungkin meningkatkan kesan sampingan salisilat
  • Asma: Meadowsweet dapat menyebabkan kekejangan paru-paru. Jadi terdapat kebimbangan bahawa ia mungkin menyebabkan asma menjadi lebih teruk

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubatan ini.

Apakah dos kebiasaan bagi meadowsweet?

Dos bunga 2.5 hingga 3.5 g/hari dan herba 4 hingga 5 g dianggap konvensional. Walau bagaimanapun, tiada ujian klinikal menyokong keselamatan atau keberkesanan dos ini. Teh boleh disediakan dari 4 hingga 6 g herba kering dan diambil 3 kali sehari.

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tambahan tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli herba anda untuk dos yang sesuai.

Ketersediaan ubat

Herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Ekstrak cecair
  • Tinktur
  • Teh
  • Infusi minyak
  • Serbuk herba

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 16, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 16, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut