Lumut hati

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Lumut hati

Kegunaan

Apakah kegunaan Lumut hati?

Lumut hati (liverwort) digunakan untuk merawat batu hempedu dan beberapa keadaan hati termasuk jaundis, pembengkakan hati, hepatitis, dan sirosis. Ia juga digunakan untuk merawat perut dan ketidakselesaan saluran pencernaan, merangsang selera makan, melegakan rasa kepenuhan perut, mengawal fungsi usus, dan merangsang pankreas.

Sesetengah orang menggunakan lumut hati untuk merawat vena varikos, mengurangkan kolesterol, merangsang peredaran darah, dan “membersihkan” darah. Wanita biasanya menggunakan lumut hati untuk melegakan gejala menopaus.

Antara kegunaan lain termasuklah pengukuhan saraf, merangsang metabolisme, membantu pengenduran, dan sebagai tonik umum. Lumut hati juga kadang-kadang digunakan terus ke bahagian buasir.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana lumut hati ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan lumut hati berupaya merangsang sistem saraf pusat (CNS).

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Lumut hati?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada lumut hati atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Lumut hati selamat digunakan?

Lumut hati segar mungkin tidak selamat apabila diambil melalui mulut atau digunakan pada kulit.

Adalah tidak diketahui jika lumut hati kering adalah selamat untuk digunakan dan apa kesan sampingan daripada penggunaannya.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Pengambilan melalui mulut atau penggunaan pada kulit mungkin tidak selamat. Adalah sangat penting untuk mengelakkan penggunaan lumut hati jika anda hamil atau menyusu.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Lumut hati?

Lumut hati boleh menyebabkan banyak kesan sampingan seperti cirit-birit, kerengsaan perut, kerengsaan saluran perkumuhan dan buah pinggang apabila diambil melalui mulut. Apabila digunakan terus ke kulit, lumut hati segar boleh menyebabkan kerengsaan, gatal-gatal, dan lepuh yang penuh dengan nanah.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Lumut hati?

Lumut hati mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Lumut hati yang biasa digunakan?

Dos untuk produk lumut hati ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Lumut hati?

Produk lumut hati ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut: Serbuk Liverwort.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut