Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Lingonberi adalah sejenis tumbuhan. Daun dan buah berinya digunakan untuk membuat ubat. Lingonberi digunakan untuk masalah saluran kencing termasuk kerengsaan, batu karang, dan jangkitan. Ia juga digunakan untuk meningkatkan pengeluaran air kencing (sebagai diuretik).
Antara kegunaan lain termasuklah merawat gout, artritis, dan jangkitan yang disebabkan oleh virus.
Daun lingonberi kadang-kadang digunakan sebagai pengganti daun bearberry (uva ursi).
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana lingonberi ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan lingonberi mempunyai bahan kimia yang mungkin membantu membunuh bakteria dalam air kencing.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Pati lingonberi mungkin selamat apabila diambil melalui mulut dengan sewajarnya. Minuman yang mengandungi pati kranberi dan lingonberi didapati telah digunakan dengan selamat sehingga 6 bulan.
Penggunaan daun lingonberi dalam jangka masa yang panjang pula mungkin tidak selamat. Daunnya didapati mengandungi bahan kimia. Tiada maklumat yang cukup untuk mengetahui jika daun lingonberi selamat untuk penggunaan dalam jangka masa yang pendek.
Kanak-kanak: pati lingonberi mungkin selamat untuk kanak-kanak apabila diambil melalui mulut dengan sewajarnya. Minuman yang mengandungi pati kranberi dan lingonberi didapati telah digunakan dengan selamat sehingga 6 bulan. Lingonberi mungkin tidak selamat untuk kanak-kanak apabila digunakan dalam jangka masa yang panjang. Lingonberi berupaya membuat kerosakan pada sel hati.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Penggunaan lingonberi mungkin tidak selamat kerana ia mengandungi bahan kimia yang mungkin menyebabkan perubahan genetik dan membahayakan janin.
Penyakit hati: Ada bahan kimia dalam lingonberi yang mungkin membuatkan penyakit hati lebih buruk.
Ia boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuk rasa mual dan muntah.
Terdapat beberapa kebimbangan bahawa bahan kimia dalam lingonberi yang boleh membunuh bakteria dalam air kencing juga boleh menyebabkan kerosakan hati dan kanser.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Lingonberi mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk produk lingonberi ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Suplemen herba ini boleh didapati dalam bentuk produk makanan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen