Linden

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Linden

Kegunaan

Apakah kegunaan Linden?

Linden adalah sejenis pokok. Bunga, daun, dan kayunya yang dikeringkan biasa digunakan untuk membuat ubat.

Daun linden digunakan untuk selesema, hidung tersumbat, sakit tekak, bronkitis, sakit kepala, demam, dan memudahkan pengeluaran kahak oleh batuk (sebagai ekspektoran).

Ia juga digunakan untuk denyutan jantung yang laju, tekanan darah tinggi, pendarahan yang berlebihan (pendarahan), ketegangan saraf, masalah tidur (insomnia), masalah kawalan pundi kencing (inkontinens), dan kekejangan otot. Daun linden juga digunakan untuk menyebabkan berpeluh dan meningkatkan pengeluaran air kencing.

Kayu linden pula digunakan untuk penyakit hati, penyakit pundi hempedu, dan untuk jangkitan serta bengkak di bawah kulit (selulitis). Arang yang diperbuat daripada kayu linden pula digunakan untuk gangguan usus.

Sesetengah orang menggunakan bahan linden secara langsung ke kulit untuk kegatalan, sakit sendi (reumatik), dan beberapa luka kaki tertentu (ulcus cruris) yang disebabkan oleh peredaran darah yang lemah.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana linden ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa linden seolah-olah mengurangkan jumlah mukus yang terhasil dan melegakan kebimbangan. Namun, masih banyak maklumat diperlukan untuk tujuan ini.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Linden?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok linden atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Linden selamat digunakan?

Bahan linden mungkin selamat apabila diambil melalui mulut.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa bahan linden adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan penggunaan.

Penyakit jantung: Penggunaan teh bunga linden yang sering dikaitkan dengan kerosakan jantung. Jika anda mempunyai penyakit jantung, jangan gunakan bahan linden tanpa pengawasan perubatan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Linden?

Apabila digunakan pada kulit, bahan linden mungkin menyebabkan gatal-gatal.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Linden?

Linden mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Antara produk yang boleh berinteraksi dengan bahan linden termasuklah:

  • Litium

Linden mungkin mempunyai kesan seperti pil air atau “diuretik.” Mengambil bahan linden boleh mengurangkan kadar penyingkiran litium dari badan anda. Ini boleh meningkatkan jumlah litium dalam badan dan mengakibatkan kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum menggunakan produk ini jika anda ada mengambil litium. Dos litium anda juga mungkin perlu diubah.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Linden yang biasa digunakan?

Dos untuk produk linden ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Linden?

Produk linden ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Kapsul ekstrak linden
  • Ekstrak cecair linden bebas alkohol
  • Tinktur linden organik (tilia x europaea)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.