backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Lidah Rusa

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Lidah Rusa?

Lidah rusa adalah sejenis tumbuhan. Daunnya yang kering dijadikan sebagai ubat..

Meskipun terdapat kebimbangan mengenai keselamatannya , ia tetap digunakan dalam rawatan Malaria.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian masih tidak mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut. Namun, ia diketahui mengandungi kumarin, bahan kimia yang boleh menipiskan darah dan merosakkan hati. Tidak diketahui bagaimana lidah rusa berfungsi sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Lidah Rusa?

Sebelum mengambilnya , sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap ekstrak adrenal atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselematannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Lidah Rusa selamat digunakan?

Lidah rusa tidak selamat untuk digunakan. Ia tidak dibenarkan untuk diletakkan dalam makanan di Amerika. Kebimbangannya ialah lidah rusa boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pendarahan. Elakkan penggunaannya

Langkah berjaga-jaga khas dan amaran

Hamil dan menyusukan bayi

Lidah rusa tidak selamat untuk digunakan bagi wanita yang hamil, kerana mengandungi bahan kimia boleh menyebabkan kerosakan hati dan pendarahan. Elakkan penggunaan

Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap tumbuhan dari keluarga Asteraceae/Compositae, pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan lidah rusa.

Pembedahan

Lidah rusa boleh melambatkan pembekuan darah . Ini menimbulkan kerisauan terjadinya pendarahan berlebihan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Lidah Rusa?

Lidah rusa boleh menyebabkan alahan kepada orang yang sensitif dengan  tumbuhan dari keluarga Asteraceae/Compositae. Tumbuh-tumbuhan yang termasuk dalam keluarga ini ialah ragweed, krisantemum, marigold, daisi dan lain-lain

Lidah rusa boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pendarahan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Lidah Rusa?

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Ubat yang melambatkan pembekuan darah (ubat antikoagulan/antiplatlet)

Lidah rusa boleh melambatkan pembekuan darah. Mengambilnya bersama ubat yang mempunyai fungsi yang serupa meningkatkan risiko pendarahan dan lebam.

Beberapa ubat yang melambatkan pembekuan darah ialah aspirin, clopidogrel, (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, others), ibuprofen (Advil, Motrin, others), naproxen (Anaprox, Naprosyn, others), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Lidah Rusa mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Lidah Rusa yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Lidah Rusa?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Herba lidah rusa segar

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan