Levant Berry

Oleh

Kegunaan

Apakah kegunaan levant berry?

Levant berry adalah sejenis buah dari pokok anggur (Anamirta cocculus) yang tumbuh di Asia Tenggara. Buah dan bijinya yang dikeringkan digunakan untuk menghasilkan ubat di beberapa tempat di dunia. Levant berry telah digunakan untuk mengurangkan malaria, merawat kutu, pengsan, atau digunakan untuk memburu, dan menangani epilepsi. Penggunaan herba ini dalam perubatan telah banyak ditinggalkan di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sesetengah orang mengambil levant berry untuk merawat pergerakan mata yang tidak normal dan pening. Picrotoxin yang diambil dari biji levant berry digunakan untuk epilepsi, berpeluh waktu malam dan sebagai perangsang.

Sesetengah orang menyapu serbuk levant berry terus di atas kulit untuk merawat penyakit kulit yang disebut kudis.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana suplemen levant berry ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan levant berry mengandungi bahan kimia yang merangsang sistem saraf pusat, menyebabkan kerengsaan perut dan usus, dan merangsang otak yang menyebabkan perubahan dalam pernafasan. Ia juga melambatkan kadar denyutan jantung dan meningkatkan tekanan darah.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan levant berry?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam levant berry atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi suplemen (levant berry) kurang ketat berbanding kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah levant berry selamat diambil?

Berry Levant tidak selamat untuk diambil melalui mulut. Picrotoxin yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan kematian, walaupun dalam jumlah kecil. Pengambilan levant berry secara tidak sengaja memerlukan perhatian perubatan dengan segera.

Levant berry juga tidak selamat apabila disapu/diletakkan pada kulit.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan atau menyusukan bayi: Adalah tidak selamat untuk mengambil levant berry. Ianya beracun dan boleh menyebabkan kematian. Jangan gunakannya.

Kesan sampingan

Apakah jenis kesan sampingan yang saya boleh alami dari pengambilan levant berry?

Levant berry menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, mual, masalah koordinasi, kemurungan, kekejangan, sentakan, peningkatan penghasilan air liur, muntah-muntah, peningkatan kadar pembuangan air besar, pernafasan yang laju, mengantuk, degupan jantung yang tidak teratur, menurunkan kadar jantung, tidak sedarkan diri dan kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan pengambilan levant berry?

Levant berry boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk levant berry?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan levant berry yang boleh didapati?

Levant berry boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Buah segar, buah yang dikeringkan dan biji

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut