Lemon Verbena

Oleh

Nama AM: Lemon Verbena

Kegunaan

Apakah kegunaan lemon verbena?

Lemon verbena telah digunakan sebagai tumbuhan ubatan sejak berabad dahulu, dijual untuk kegunaan seperti anti-kejang, anti-piretik (pengurang demam), karminatif, sedatif, stomakik, dan antimikrob.

Lemon verbena digunakan untuk gangguan pencernaan termasuk ketidakhadaman, angin, kolik, cirit-birit, dan sembelit. Ia juga digunakan untuk agitasi, sakit sendi, masalah tidur (insomnia), asma, selsema, demam, buasir, vena varikos, keadaan kulit, dan menggigil.

Dalam makanan dan sektor pembuatan, lemon verbena digunakan sebagai bahan dalam teh herba, sebagai pewangi dalam minyak wangi, dan sebagai bahan dalam minuman beralkohol.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana lemon verbena ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan lemon verbena mengandungi bahan yang mungkin membunuh hama dan bakteria.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan lemon verbena?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam lemon verbena atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan

Kawalan (regulasi) bagi lemon verbena kurang ketat berbanding kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Sejauh manakah lemon verbena selamat digunakan?

Lemon verbena selamat oleh kebanyakan orang apabila digunakan dalam kuantiti yang terdapat dalam minuman beralkohol. Ia juga kelihatan selamat apabila diambil dalam jumlah yang sesuai sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi diketahui tentang penggunaan lemon verbena semasa hamil dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.

Penyakit buah pinggang: Pengambilan verbena lemon dalam kuantiti yang besar boleh menyebabkan kerengsaan pada buah pinggang dan menyebabkan penyakit buah pinggang bertambah teruk. Elakkan pengambilan dalam kuantiti yang banyak jika anda mempunyai masalah buah pinggang.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang saya boleh alami dari pengambilan lemon verbena?

Ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit (dermatitis) pada sesetengah orang.

Bukan semua orang yang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh saya alami dari penggunaan lemon verbena?

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan suplemen ini, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan pengambilan lemon verbena?

Lemon verbena boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

Dos

Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos biasa untuk lemon verbena?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan lemon verbena yang boleh didapati?

Lemon verbena boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Ekstrak cecair Lemon verbena, Suplemen tinktur daun kering lemon verbena (aloysia citriodora)

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 3, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut