backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Lavender Cotton

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Lavender Cotton?

Lavender Cotton digunakan untuk masalah penghadaman, sindrom prahaid (PMS), cacing, kulit kuning (jaundis), bengkak, dan kekejangan otot.

Lavender Cotton kadang-kadang disapu terus ke atas kulit untuk menghalau serangga. Ia mempunyai bau yang sangat kuat.

Jangan terkeliru apabila membezakan antara Lavender Cotton dengan Lavender. Kedua-duanya adalah tumbuhan yang berbeza dan mempunyai aroma yang sangat berbeza.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana Lavender Cotton berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum menggunakan Lavender Cotton?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam Lavender Cotton atau ubat-ubatan lain atau herba lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan
  • Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan bagi ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

    Sejauh manakah lavender Cotton selamat diambil?

    Tiada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui jika Lavender Cotton selamat digunakan.

    Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

    Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi diketahui tentang penggunaan lavender Cotton semasa hamil dan menyusukan bayi. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.

    Alahan terhadap ragweed, daisi, dan tumbuhan yang berkaitan: Lavender Cotton boleh menyebabkan reaksi alahan pada orang yang sensitif terhadap keluarga tumbuhan Asteraceae / Compositae. Ahli keluarga ini termasuk ragweed, chrysanthemum, marigold, daisi, dan banyak lagi. Jika anda mempunyai alahan, pastikan anda menyemak dengan penyedia penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil Lavender Cotton.

    Kesan sampingan

    Apakah kesan sampingan yang boleh saya alami dari penggunaan Lavender Cotton?

    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan suplemen ini, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah tindak balas yang boleh saya alami dengan pengambilan Lavender Cotton?

    Lavender Cotton boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Sila berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.

    Dos

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos biasa untuk Lavender Cotton?

    Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

    Apakah bentuk ketersediaan Lavender Cotton yang boleh didapati?

    Lavender Cotton boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

    • Produk penjagaan diri (bantal sakit kepala lavender, kapas organik panas & terapi sejuk sol organik)

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan