Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Lavender adalah sejenis herba. Bunga dan minyak lavender digunakan untuk membuat ubat.
Lavender digunakan untuk merawat kegelisahan, insomnia, kegemuruhan, dan kemurungan. Ia juga digunakan untuk pelbagai masalah pencernaan termasuk meteorisme (pembengkakan abdomen dari gas dalam usus atau rongga peritoneal), kehilangan selera makan, muntah, loya, flatulens usus, dan sakit perut.
Sesetengah orang menggunakan lavender untuk keadaan yang menyakitkan termasuk sakit kepala migrain, sakit gigi, terseliuh, sakit saraf, luka, dan sakit sendi. Ia juga digunakan untuk jerawat dan kanser, dan untuk menggalakkan kedatangan haid.
Lavender digunakan untuk kulit untuk keguguran rambut (alopesia areata) dan kesakitan, dan untuk menghalau nyamuk dan serangga lain.
Sesetengah orang menambah lavender dalam air mandi untuk merawat gangguan peredaran darah dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Lavender juga disedut untuk tujuan aromaterapi untuk insomnia, sakit, dan agitasi yang berkaitan dengan demensia.
Lavender turut digunakan sebagai komponen rasa dalam makanan dan minuman.
Dalam industri pembuatan, lavender digunakan dalam produk farmaseutikal dan sebagai pewangi dalam sabun, kosmetik, minyak wangi, pot pourri, dan hiasan.
Tidak ada kajian yang mencukupi tentang bagaimana herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa lavender mengandungi minyak yang dilihat mempunyai kesan menenangkan dan boleh mengendurkan otot tertentu.
Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:
Kawalan (regulasi) bagi suplemen herba kurang ketat daripada kawalan untuk ubat-ubatan. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Faedah mengambil suplemen herba ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuk dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Lavender mungkin selamat untuk kebanyakan orang dewasa dalam kuantiti yang terdapat di dalam makanan. Ianya mungkin selamat apabila diambil melalui mulut, disapu pada kulit, atau disedut dalam kuantiti yang terdapat di dalam ubat.
Kanak-kanak: Menyapu produk yang mengandungi minyak lavender pada kulit mungkin tidak selamat untuk anak-anak lelaki yang masih belum akil baligh. Minyak lavender kelihatan mempunyai kesan hormon yang boleh mengganggu hormon biasa yang terdapat di dalam badan lelaki. Dalam sesetengah kes, ini menyebabkan lelaki mengalami pertumbuhan payudara yang tidak normal dipanggil ginekomatsia. Keselamatan produk ini apabila digunakan oleh gadis-gadis muda tidak diketahui.
Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi diketahui tentang penggunaan lavender semasa hamil dan menyusukan bayi. Sebagai langkah keselamatan, elakkan penggunaannya.
Pembedahan: Lavender mungkin melambatkan sistem saraf pusat. Jika digunakan bersama dengan anestesia (ubat bius) dan ubat-ubatan lain yang diberikan semasa dan selepas pembedahan, ia mungkin melambatkan sistem saraf pusat. Berhenti menggunakan lavender sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Apabila diambil melalui mulut, lavender boleh menyebabkan sembelit, sakit kepala, dan peningkatan selera makan. Apabila disapu pada kulit, lavender adakalanya boleh menyebabkan kerengsaan.
Bukan semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai sebarang kesan sampingan, sila rujuk ahli herba atau doktor anda.
Lavender boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan semasa anda atau keadaan perubatan. Berunding dengan ahli herba atau doktor anda sebelum menggunakannya.
Produk yang boleh bertindak balas dengan lavender termasuk:
Kloral Hidrat menyebabkan rasa mengantuk. Lavender dilihat meningkatkan kesan Kloral Hidrat. Mengambil lavender bersama dengan Kloral Hidrat mungkin menyebabkan anda rasa terlalu mengantuk.
Lavender mungkin menyebabkan rasa mengantuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif (ubat penenang). Mengambil lavender bersama-sama dengan ubat penenang mungkin menyebabkan rasa terlalu mengantuk.
Beberapa ubat penenang termasuk amobarbital (Amytal), butabarbital (Butisol), mephobarbital (Mebaral), pentobarbital (Nembutal), phenobarbital (Luminal), secobarbital (Seconal), dan lain-lain.
Ubat-ubatan tersebut termasuklah clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan pakar herba anda atau doktor sebelum menggunakan ubat ini.
Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:
DISAPU PADA KULIT:
Untuk tompok botak (alopesia areata): satu kajian menggunakan gabungan minyak pati termasuk 3 titisan (108 mg) lavender, 3 titisan (114 mg) rosemary, 2 titisan (88 mg) thyme, dan 2 titisan (94 mg ) daripada cedarwood, kesemuanya dicampurkan dengan 3 mL minyak jojoba dan 20 mL minyak grapeseed. Setiap malam, campuran diurut di kulit kepala selama 2 minit dan kepala dibalut dengan tuala hangat untuk meningkatkan penyerapan.
Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Lavender boleh didapati dalam bentuk dos berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen