Laburnum

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Laburnum?

Laburnum merupakan sejenis tumbuhan. Biji benihnya digunakan untuk membuat ubat.

Walaupun mempunyai kebimbangan akan keselamatannya, inidividu akan menggunakan laburnum untuk muntah serta mengosongkan perut.

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana laburnum ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Laburnum?

Sila berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap laburnum atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menetukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Laburnum selamat digunakan?

Laburnum tidak selamat. Semua bahagian, termasuk biji dan buah berinya, sangat beracun. Makan sebanyak 20 biji benihnya atau 3-4 buah beri boleh membunuh orang dewasa.

Langkah keselamatan dan amaran yang khusus

Mengandung dan menyusukan anak: laburnum tidak selamat dan boleh menyebabkan kematian. Jangan ambil laburnum.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Laburnum?

Laburnum beracun. Gejala keracunan laburnum termasuk loya, pening, penghasilan air liur yang berlebihan, kesakitan pada mulut, tekak, serta peru,; berpeluh, sakit kepala, muntah, muntah berdarah, kekejangan lumpuh mengurangkan pembuangan air kencing; menurunkan kadar pernafasan dan kematian.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Laburnum?

Laburnum mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Laburnum yang biasa digunakan?

Dos untuk laburnum ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Laburnum?

Ia boleh didapati dalam bentuk :

  • Laburnum yang asli.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019