Labdanum

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Labdanum?

Labdanum digunakan untuk merawat penyakit bronkitis, cirit-birit, pengekalan air (edema), hernia, ketumbuhan, kusta, dan pengerasan limpa. Ia juga digunakan untuk melegakan kesesakan dada, mengosongkan perut, dan sebagai perangsang.

Sesetengah individu menggunakan labdanum pada kulit mereka sebagai agen pengeringan dan pembekuan darah akibat luka kecil. Dalam makanan dan minuman, pelbagai jenis labdanum (labdanum asli, labdanum oleoresin, dan minyak labdanum) digunakan sebagai agen perasa. Dalam kosmetik, labdanum asli dan minyak labdanum digunakan sebagai wangian. Di samping itu, sesetengah individu juga menggunakan labdanum untuk membunuh serangga perosak.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana labdanum ini berfungsi. Namun begitu terdapat kajian mendapati labdanum mengandungi bahan yang boleh membunuh bakteria dan fungus.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Labdanum?

Sebelum mengambil labdanum, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap labdanum atau ubat atau suplemen lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah.
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap labdanum adalah kurang ketat berbanding terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Labdanum selamat digunakan?

Labdanum mungkin selamat jika diambil melalui oral mengikut jumlah makanan atau apabila digunakan pada kulit. Tidak diketahui jika pengambilan labdanum melalui oral mengikut jumlah ubat-ubatan adalah selamat atau kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Langkah – keselamatan dan amaran yang khusus

Mengandung dan menyusukan anak: Tidak diketahui tentang penggunaan labdanum semasa hamil dan menyusukan anak. Sila ambil langkah selamat dan elakkan penggunaan labdanum.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Labdanum?

Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan terhadap penggunaan labdanum, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Labdanum?

Labdanum mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Labdanum yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Labdanum?

Ia boleh didapati dalam bentuk: minyak labdanum.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut