l-tryptophan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan l-tryptophan?

L-tryptophan digunakan untuk:

  • Insomnia.
  • Apnea tidur.
  • Kemurungan.
  • Kebimbangan.
  • Sakit muka.
  • Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD).
  • Untuk berhenti daripada merokok.
  • Menggilitkan gigi semasa tidur (bruxism).
  • Masalah kekurangan fokus – hiperaktiviti (ADHD).
  • Sindrom Tourette.
  • Meningkatkan persembahan atlit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana L- tryptophan ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.  Walau bagaimanapun, L-tryptophan boleh didapati secara semula jadi dalam protein haiwan dan tumbuhan. L-tryptophan merupakan asid amino yang penting kerana badan kita tidak dapat menghasilkannya.  Ia penting untuk melancarkan perkembangan serta fungsi pelbagai organ di dalam badan. Setelah menyerap L-tryptophan dari makanan, tubuh kita akan memproseskannya untuk menjadi 5-HTP (5-hyrdoxytryptophan), dan kemudian menjadi serotonin. Serotonin merupakan hormon yang menghantar isyarat antara sel-sel saraf. Ia juga boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Perubahan tahap serotonin di dalam otak akan mengubah mood seseorang.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil l-tryptophan?

Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya:

  • Mengandung atau menyusukan anak. Sekiranya anda mengandung atau menyusukan anak, anda hanya boleh makan ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja.
  • Pengambilan ubat-ubatan yang lain. Sekiranya anda ada mengambil jenis ubat – ubatan yang lain termasuk ubat boleh dibeli tanpa mendapatkan perskripsi doktor.
  • Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap bahan L-tryptophan, herba atau ubat – ubatan yang lain.
  • Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan yang lain.
  • Sekiranya anda mempunyai alergi pada bahan lain seperti makanan, pewarna, pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah l-tryptophan selamat digunakan?

L-tryptophan mungkin tidak selamat jika diambil melalui oral. Ia telah dikaitkan dengan lebih daripada 1500 laporan mengenai sindrom Eosinophilia-Myalgia (EMS) dan 37 kematian. EMS adalah keadaan neurologi yang menunjukkan gejala seperti keletihan; sakit otot yang teruk; sakit saraf; perubahan kulit; botak; ruam; dan sakit serta bengkak yang menjejaskan sendi, tisu penghubung, paru-paru, jantung, dan hati. Simptom akan bertambah baik dari masa ke semasa, tetapi terdapat sesetengah individu yang mungkin mengalami simptom sehingga dua tahun selepas pembentukan EMS. Sesetengah individu juga melaporkan bahawa simptom mereka tidak pernah hilang sepenuhnya.

Pada tahun 1990, L-tryptophan telah ditarik semula dari pasaran kerana bimbang akan faktor keselamatan. Selepas produk L-tryptophan berjaya dikurangkan, bilangan kes EMS menurun dengan ketara. Penyebab sebenar penyakit EMS terjadi pada pesakit yang mengambil L-tryptophan tidak diketahui, tetapi ada bukti yang menunjukkan bahawa mungkin disebabkan oleh produk L-tryptophan yang tercemar. Kira-kira 95% kes EMS dikesan melibatkan satu – satunya  pembuat L-tryptophan di Jepun. Pada masa ini, di bawah Akta Kesihatan dan Pendidikan Suplemen Diet (DSHEA) tahun 1994, L-tryptophan boleh didapati dan dipasarkan sebagai makanan tambahan.

Langkah serta amaran yang khusus

Mengandung dan menyusukan anak: L-tryptophan berkemungkinan tidak selamat digunakan semasa hamil kerana berisiko menjejaskan bayi di dalam kandungan. Sejauh mana keselamatan penggunaa L-tryptophan bagi ibu yang menyusukan bayi masih lagi tidak diketahui. Sila elakkan pengambilan L-tryptophan semasa mengandung dan menyusukan anak.

Masalah sel darah putih yang dipanggil eosinofilia: L-tryptophan mempunyai risiko yang menyebabkan keadaan ini menjadi lebih teruk. L-tryptophan telah dikaitkan dengan pembentukkan sindrom eosinophilia-myalgia (EMS).

Penyakit hati atau buah pinggang: L-tryptophan mempunyai risiko yang menyebabkan keadaan ini menjadi  lebih teruk kerana ia dikaitkan dengan pembentukan sindrom Eosinophilia-Myalgia (EMS).

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan l-tryptophan?

L-tryptophan boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti pedih ulu hati, sakit perut, sendawa dan bergas, loya, muntah, cirit-birit, dan kehilangan selera makan. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala, pening, mabuk, mulut kering, penglihatan menjadi kabur, lemah otot, dan masalah seksual.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa dengan doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan l-tryptophan?

L – tryptophan ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor anda sebelum mengambilnya.

Produk yang mungkin bertindak balas adalah :

  • Ubat anti depresi

L-tryptophan meningkatkan bahan kimia otak yang dipanggil serotonin. Sesetengah ubat untuk depresi juga meningkatkan serotonin otak. Mengambil L-tryptophan bersama-sama ubat-ubatan ini untuk mengatasi masalah kemurungan akan meningkatkan serotonin yang terlalu banyak dan akan menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk masalah jantung, menggigil, dan keresahan. Jangan mengambil L-tryptophan jika anda mengambil ubat-ubatan untuk depresi.

Beberapa ubat anti depresi termasuk fluoxetine (Prozac), paroxetine (Paxil), sertraline (Zoloft), amitriptyline (Elavil), clomipramine (Anafranil), imipramine (Tofranil), dan lain-lain.

  • Ubat sedatif

L-tryptophan boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk. Ubat-ubatan yang menyebabkan rasa mengantuk dipanggil sedatif. Mengambil L-tryptophan bersama-sama dengan ubat sedatif boleh menyebabkan mengantuk yang begitu teruk.

Beberapa ubat sedatif termasuk clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

  • Dextromethorphan

L-Tryptophan boleh menjejaskan bahan kimia dalam otak yang dipanggil serotonin. Dextromethorphan (Robitussin DM, dan lain- lain) juga boleh menjejaskan serotonin. Mengambil L-tryptophan bersama dextromethorphan (Robitussin DM, dan lain-lain), akan menyebabkan serotonin terlalu banyak di dalam otak serta kesan sampingan yang serius termasuk masalah jantung, menggigil dan keresahan boleh berlaku. Jangan ambil L-tryptophan jika anda mengambil dextromethorphan (Robitussin DM, dan lain – lain).

  • Meperidine

L-tryptophan akan meningkatkan bahan kimia di dalam otak yang dipanggil serotonin. Meperidine (Demerol) juga boleh meningkatkan serotonin di dalam otak. Mengambil L-tryptophan bersama-sama dengan meperidine (Demerol) akan menyebabkan terlalu banyak serotonin terhasil di dalam otak serta kesan sampingan yang serius termasuk masalah jantung, menggigil, dan keresahan.

  • Pentazocine

L-tryptophan akan meningkatkan bahan kimia di dalam otak yang dipanggil serotonin. Pentazosin (Talwin) juga meningkatkan serotonin. Mengambil L-tryptophan bersama-sama dengan pentazosin (Talwin) akan menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk masalah jantung, menggigil, dan keresahan. Jangan mengambil L-tryptophan jika anda mengambil pentazocine (Talwin).

  • Phenothiazines

Mengambil L-tryptophan dengan phenothiazines boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius termasuk gangguan pergerakan.

Beberapa phenothiazines termasuk chlorpromazine (Thorazine), fluphenazine (Prolixin), trifluoperazine (Stelazine), thioridazine (Mellaril), dan lain-lain.

  • Ubat sedatif

Ubat sedatif boleh menjejaskan sistem saraf. L-tryptophan juga boleh menjejaskan sistem saraf. Mengambil L-tryptophan bersama-sama dengan ubat sedatif boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Jangan mengambil L-tryptophan jika anda mengambil ubat sedatif.

Beberapa ubat penenang termasuk clonazepam (Klonopin), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan), dan lain-lain.

  • Tramadol

Tramadol (Ultram) boleh menjejaskan bahan kimia di dalam otak yang dipanggil serotonin. L-tryptophan juga boleh menjejaskan serotonin. Mengambil L-tryptophan bersama-sama dengan tramadol (Ultram) akan menyebabkan terlalu banyak serotonin di otak serta kesan sampingan seperti kekeliruan, menggigil, dan kekejangan otot boleh berlaku.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos l-tryptophan yang biasa digunakan?

Dos untuk L-tryptophan ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan l-tryptophan?

L- tryptophan boleh terdiri daripada bentuk berikut :

  • Kapsul L – tryptophan
  • Serbuk L – tryptophan

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut