Kousso

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Kousso

Kegunaan

Apakah kegunaan Kousso?

Walaupun  membimbangkan faktor keselamatan yang serius, individu akan menggunakan kousso untuk menghapuskan cacing pita.

Satu dos kousso dikatakan berkesan untuk membunuh kedua-dua jenis cacing pita, solen taenia dan latin bothriocephalus; tetapi kerana mempunyai sedikit kekuatan katarsis, penyelarasan yang purgatif secara amnya diperlukan bagi membuang ektozoon yang telah dimusnahkan

Bagaimana ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kousso?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Mengandung atau menyusukan anak. Sekiranya anda mengandung atau menyusukan anak, anda hanya boleh makan ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja.
  • Pengambilan ubat-ubatan yang lain. Sekiranya anda ada mengambil jenis ubat – ubatan yang lain termasuk ubat boleh dibeli tanpa mendapatkan perskripsi doktor.
  • Sekiranya anda mempunyai alergi terhadap bahan kousso, herba atau ubat – ubatan yang lain.
  • Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan yang lain.
  • Sekiranya anda mempunyai alergi pada bahan lain seperti makanan, pewarna, pengawet atau haiwan.

Kawalan terhadap suplemen adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah Kousso selamat digunakan?

Kousso tidak selamat untuk digunakan. Kousso boleh menyebabkan perengsaan pada perut dan usus, sakit perut, meningkatkan pembentukan air liur, sakit kepala, lesu, hilang kesedaran, gangguan penglihatan, kekejangan serta kejutan.

Langkah berjaga – jaga serta amaran khusus

Tidak semua penggunaan kousso selamat untuk digunakan, sesetengah individu perlu mengelakkan diri daripada menggunakannya.

Mengandung dan menyusukan anak. Pengambilan kousso bagi ibu yang mengandung tidak selamat malah boleh menyebabkan keguguran. Mengambil kousso ketika sedang menyusukan anak juga tidak selamat

Masalah perut dan usus. Pengambilan kousso boleh menyebabkan perengsaan pada perut dan usus. Jangan gunakan kousso sekiranya anda mempunyai masalah pada saluran penghadaman.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Kousso?

  • Sakit kepala.
  • Lesu.
  • Hilang kesedaran.
  • Masalah penglihatan.
  • Kekejangan.
  • Kejutan.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kousso?

Kousso mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Kousso yang biasa digunakan?

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Kousso?

Herbal suplemen ini disediakan dalam bentuk : ekstrak cecair, teh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 28, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.