backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Klorida

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 08/01/2020

Kegunaan

Apakah kegunaan Klorida?

Klorida merupakan mineral penting bagi manusia yang diperlukan untuk kehidupan manusia dan haiwan. Ia digunakan untuk mengekalkan keseimbangan cecair badan dengan baik. Ia juga suatu bahagian penting jus pencernaan (perut).

Klorida mungkin diberikan untuk kegunaan lain; Sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang cukup tentang bagaimana makanan tambahan ini berfungsi. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Klorida?

Berunding dengan doktor, ahli farmasi atau ahli herba anda, sekiranya:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Hal ini kerana, semasa anda sedang menjangkakan atau menyusu bayi, anda hanya perlu mengambil ubat seperti yang dinasihatkan doktor.
  • Anda mengambil ubat lain. Hal ini termasuklah sebarang pengambilan ubatan yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alergi dengan mana-mana bahan dalam klorida atau ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai penyakit, gangguan atau keadaan perubatan lain.
  • Anda mempunyai jenis alergi lain seperti terhadap makanan, pewarna atau haiwan.

Pengawalan bagi pemgambilan makanan tambahan kurang ketat berbanding dengan pengawalan bagi pengambilan ubat. Banyak kajian diperlukan bagi menentukan keselamatannya. Faedah mengambil herba tambahan ini mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Adakah Klorida selamat digunakan?

Mengandung dan menyusu badan:

Tiada maklumat yang cukup tentang keselamatan menggunakan makanan tambahan ini semasa mengandung dan menyusu badan. Sentiasa berunding dengan doktor anda untuk menimbang potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Pembedahan:

Berhenti mengambil klorida sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Klorida?

Terlalu banyak klorida menyebabkan banyak kesan sampingan, seperti:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan cecair bagi penghidap gagal jantung kongestif, sirosis, atau penyakit buah pinggang.

Tidak semua orang mengalami kesan-kesan sampingan ini. Terdapat beberapa kesan sampingan lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu kesan sampingan, sila merujuk dengan doktor atau ahli herba anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Klorida?

Makanan tambahan ini mungkin bertindak balas dengan ubatan semasa atau keadaan perubatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum guna.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Klorida yang biasa digunakan?

Pengambilan yang mencukupi bagi bayi:

  • 0 hingga 6 bulan: 0.18 gram sehari (g/hari)
  • 7 hingga 12 bulan: 0.57 g/hari

Pengambilan yang mencukupi bagi kanak-kanak:

  • 1 hingga 3 tahun: 1.5 g/hari
  • 4 hingga 8 tahun: 1.9 g/hari
  • 9 hingga 13 tahun: 2.3 g/hari

Pengambilan yang mencukupi bagi remaja dan orang dewasa:

  • Lelaki dan wanita, berumur 14 hingga 50: 2.3 g/hari
  • Lelaki dan wanita, berumur 51 hingga 70: 2.0 g/hari
  • Lelaki dan wanita, berumur 71 dan ke atas: 1.8 g/hari
  • Wanita hamil dan menyusu badan semua peringkat umur: 2.3 g/hari

Dos bagi herba tambahan ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang diambil bergantung kepada umur, kesihatan anda dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selamanya selamat. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Klorida?

Makanan tambahan ini boleh didapati dalam bentuk yang berikut:

  • Klorida dalam natrium klorida: serbuk oral untuk suspension, tablet oral, tablet oral untuk suspension.
  • Klorida dalam Magnesium Klorida: tablet.
  • Klorida dalam Potassium Klorida: serbuk.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa · Disemak pada 08/01/2020

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan