backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kemenyan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Kemenyan?

Kemenyan adalah bahan seperti gam yang telah mengeras (resin) yang berasal dari potongan yang dibuat di batang pokok Boswellia Carteri. Ia biasa digunakan untuk membuat ubat.

Kemenyan digunakan untuk kolik dan flatulens usus (kembung). Ia kadangkala disapu pada kulit dalam bentuk krim tangan.

Minyak pati kemenyan digunakan pada kulit dan melalui sedutan sebagai pelega rasa sakit.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana  herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kemenyan?

Berunding dengan doktor atau ahli farmasi atau ahli herba anda, jika:

  • Anda hamil atau menyusu. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang boleh dibeli tanpa preskripsi.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan yang terkandung dalam kemenyan atau ubat-ubatan lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti alahan kepada makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.
  • Peraturan bagi herba tambahan kurang ketat berbanding peraturan bagi ubat. Lebih banyak kajian diperlukan bagi memastikan keselamatannya. Kebaikan pengambilan herba tambahan ini haruslah melebihi risiko sebelum digunakan. Rujuk kepada pakar herba atau doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Adakah Kemenyan selamat digunakan?

    Kemenyan dilihat selamat untuk digunakan oleh kebanyakan orang dewasa.

    Langkah berjaga-jaga & amaran khusus

    Kehamilan dan penyusuan bayi: Tiada maklumat yang mencukupi mengenai penggunaan kemenyan semasa hamil dan menyusukan anak. Sebagai langkah keselamatan, elakkan dari penggunaannya.

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Kemenyan?

    Kemenyan mungkin menyebabkan kerengsaan apabila digunakan pada kulit.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kemenyan?

    Kemenyan mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

    Penggunaan /Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

    Apakah dos Kemenyan yang biasa digunakan?

    Dos untuk kemenyan mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

    Apakah bentuk penyediaan Kemenyan?

    Kemenyan boleh didapati dalam bentuk berikut:

    • Ekstrak cecair kemenyan
    • Minyak pati tulen kemenyan
    • Kapsul kemenyan

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan