Kava

Oleh

Nama AM: Kava

Kegunaan

Apakah kegunaan kava?

Kava adalah sejenis minuman atau ekstrak yang diperbuat daripada Piper methysticum, tumbuhan  semulajadi yang boleh didapati di kepulauan Pasifik barat. Kava sering dikaitkan dengan kes-kes kerosakan hati yang boleh membawa maut, disebabkan itu, keselamatan penggunaannya sangat dibimbangi.

Sesetengah orang mengambil kava melalui mulut untuk menghilangkan keresahan, tekanan, kegelisahan dan merawat masalah tidur (insomnia). Ia juga digunakan untuk masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD), mengurangkan kesan sarak ubat benzodiazepine, epilepsi, psikosis, kemurungan,migrain dan sakit kepala yang lain, sindrom letih kronik (CFS), selesema dan jangkitan  saluran pernafasan yang lain, tuberkulosis, sakit otot dan pencegahan kanser.

Selain itu, Kava diambil untuk merawat jangkitan saluran urinari, kesakitan dan bengkak pada rahim,penyakit venereal, ketidakselesaan sewaktu haid,dan meningkatkan keinginan seks.

Ia juga boleh disapu pada kulit untuk penyakit seperti leprosi yang akan mempercepatkan penyembuhan luka dan juga sebagai penahan  sakit. Bukan itu sahaja, kava boleh digunakan sebagai pembersih mulut untuk ulser canker dan sakit gigi.

Akhir sekali, Kava boleh diambil sebagai minuman yang boleh menenangkan individu yang meminumnya.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kajian tidak cukup tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba untuk maklumat lanjut.  Namun, kava sememangnya diketahui mengandungi kava-lactones yang boleh memberi kesan kepada otak dan sistem saraf tunjang.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil?

Sebelum mengambil, sila berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba jika anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan dalam kava atau ubat atau suplemen lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain seperti fungsi sistem imun lemah
  • Anda mempunyai jenis alahan yang lain seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet atau haiwan

Kawalan terhadap suplemen herba adalah kurang ketat berbanding kawalan terhadap ubat. Banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Manfaat dari pengambilan suplemen ini mesti mengatasi risikonya sebelum diambil. Sila berunding dengan doktor atau penjual herba untuk maklumat lanjut.

Adakah ia selamat digunakan?

Kava barangkali tidak selamat untuk diambil melalui mulut. Elakkan penggunaannya.

Pengambilan kava boleh menjejaskan kemampuan anda untuk memandu kereta atau mengendalikan apa-apa mesin. Sebagai makluman, Akta “Memandu di bawah pengaruh” telah dibuat sebagai peraturan khusus kepada orang yang meminum teh kava dalam jumlah yang banyak dan kemudian, memandu secara merbahaya. Oleh itu, elakkan pengambilan kava sebelum anda memandu.

Langkah berjaga-jaga dan amaran khusus

Wanita hamil dan menyusukan bayi: Jangan mengambil kava sekiranya anda hamil atau sedang menyusukan bayi kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan fungsi rahim, bahkan bahan kimia yang terdapat didalamnya boleh masuk ke dalam susu ibu dan membahayakan bayi yang disusui.

Kemurungan: Kava boleh menyebabkan kemurungan bertambah teruk.

Masalah hati: Kava bukan sahaja meningkatkan risiko kerosakan hati kepada pesakit yang sedia ada masalah organ ini, bahkan, orang yang sihat juga boleh mengalami masalah yang sama . Sekiranya anda mempunyai sejarah penyakit hati, elakkan pengambilan herba ini.

Penyakit Parkinson: Kava mungkin boleh menambahkan keterukan penyakit Parkinson. Elakkan penggunaannya jika anda mengalami kondisi tersebut.

Pembedahan: Kava boleh menjejaskan sistem saraf tunjang .Ia boleh meningkatkan kesan anestesia dan ubat-ubatan lain semasa dan selepas  pembedahan. Berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan kava?

Pengambilan kava dalam tempoh yang singkat dengan dos yang biasa digunakan boleh menyebabkan penyakit yang serius termasuklah kerosakan hati. Sekiranya digunakan berterusan sehingga satu ke tiga bulan, pesakit barangkali terpaksa menjalani pemindahan hati, bagi kes yang serius, ia boleh membawa maut.

Simptom-simptom awal bagi kerosakan hati termasuklah penyakit kuning (mata dan kulit bertukar menjadi warna kuning), keletihan, dan warna air kencing yang gelap. Sekiranya anda tetap memutuskan untuk mengambil kava walaupun mengetahui kesan-kesan buruknya, pastikan anda melakukan ujian fungsi hati secara berkala.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau penjual herba anda.

Tindak balas ubat

Apakah tindak balas yang mungkin berlaku dengan kava?

Suplemen herba ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil dan keadaan kesihatan anda. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.

Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini termasuklah:

  • Alprazolam (Xanax)

Kava boleh menyebabkan mengantuk seperti Alprazolam (Xanax). Mengambil Kava bersama dengan Alprazolam boleh menggandakan lagi kesan sampingan tersebut. Oleh itu, elakkan mengambil Kava bersama dengan Alprazolam secara serentak.

  • Ubat sedatif (CNS depressants)

Ubat sedatif mempunyai kesan sampingan yang sama seperti Kava dan Alprazolam. Kesemua ubat ini boleh menyebabkan mengantuk. Mengambil Kava bersama dengan sedatif boleh menyebabkan mengantuk yang melampau.

Antara ubat-ubat sedatif yang  digunakan ialah clonazepam (Klonopin), lorazepam (Ativan), phenobarbital (Donnatal), zolpidem (Ambien), dan lain-lain.

  • Levodopa

Levodopa boleh memberi kesan kepada otak dengan meningkatkan bahan kimia di dalamnya yang dipanggil dopamine. Kava pula mempunyai kesan yang bertentangan dengan Levodopa, ia boleh mengurangkan dopamine di dalamotak. Oleh itu, pengambilan kava bersama dengan levodopa boleh mengurangkan keberkesanan levodopa.

  • Ubat yang diproses / diubah oleh hati (Cytochrome P450 1A2 (CYP1A2) substrates)

Hati adalah salah satu organ yang terlibat dalam proses penguraian ubat-ubat tertentu yang diambil oleh manusia. Kava pula boleh menjejaskan proses penguraian tersebut.Mengambil Kava bersama dengan ubat-ubat yang diuraikan oleh hati, boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan  ubat-ubat ini . Sebelum anda mengambil Kava, berbincanglah dengan doktor sekiranya anda turut mengambil ubat-ubat yang diuraikan oleh hati.

Di antara ubat-ubat yang boleh diurai oleh hati termasuklah clozapine (Clozaril), cyclobenzaprine (Flexeril), fluvoxamine (Luvox), haloperidol (Haldol), imipramine (Tofranil), mexiletine (Mexitil), olanzapine (Zyprexa), pentazocine (Talwin), propranolol (Inderal), tacrine (Cognex), theophylline, zileuton (Zyflo), zolmitriptan (Zomig), dan lain-lain.

  • Ubat yang diproses / diurai oleh hati (Cytochrome P450 2C19 (CYP2C19) substrates).

Antaranya ialah amitriptyline (Elavil), clomipramine (Anafranil), cyclophosphamide (Cytoxan), diazepam (Valium), lansoprazole (Prevacid), omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Protonix), phenytoin (Dilantin), phenobarbital (Luminal), progesterone, dan lain-lain.

  • Ubat yang diproses / diurai oleh hati (Cytochrome P450 2C9 (CYP2C9) substrates)

Antaranya ialah amitriptyline (Elavil), diazepam (Valium), zileuton (Zyflo), celecoxib (Celebrex), diclofenac (Voltaren), fluvastatin (Lescol), glipizide (Glucotrol), ibuprofen (Advil, Motrin), irbesartan (Avapro), losartan (Cozaar), phenytoin (Dilantin), piroxicam (Feldene), tamoxifen (Nolvadex), tolbutamide (Tolinase), torsemide (Demadex), warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

  • Ubat yang diproses / diurai oleh hati (Cytochrome P450 2D6 (CYP2D6) substrates)

Antaraya ialah amitriptyline (Elavil), clozapine (Clozaril), codeine, desipramine (Norpramin), donepezil (Aricept), fentanyl (Duragesic), flecainide (Tambocor), fluoxetine (Prozac), meperidine (Demerol), methadone (Dolophine), metoprolol (Lopressor, Toprol XL), olanzapine (Zyprexa), ondansetron (Zofran), tramadol (Ultram), trazodone (Desyrel), dan lain-lain.

  • Ubat yang diproses / diurai oleh hati (Cytochrome P450 2E1 (CYP2E1) substrates)

Antaranya ialah acetaminophen, chlorzoxazone (Parafon Forte), ethanol, theophylline, dan ubat yang digunakan sebagai anestesia sewaktu pembedahan seperti enflurane (Ethrane), halothane (Fluothane), isoflurane (Forane), and methoxyflurane (Penthrane).

  • Ubat yang diproses / diurai oleh hati (Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4) substrates)

Antaranya ialah lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

Ubat yang digerakkan oleh pam di dalam sel (P-Glycoprotein Substrates).

Sesetengah ubat digerakkan oleh pam di dalam sel. Kava pula boleh menyebabkan pam tersebut kurang aktif dan meningkatkan kadar serapan ubat ke dalam tubuh badan.  Hal ini menyebabkan peningkatan jumlah ubat tersebut di dalam badan, yang boleh mengakibatkan lebih banyak kesan sampingan , tetapi maklumat masih tidak mencukupi untuk kita mengetahui adakah kebimbangan ini berasas atau tidak.

Antara contoh-contoh ubat di atas ialah etoposide, paclitaxel, vinblastine, vincristine, vindesine, ketoconazole, itraconazole, amprenavir, indinavir, nelfinavir, saquinavir, cimetidine, ranitidine, diltiazem, verapamil, corticosteroids, erythromycin, cisapride (Propulsid), fexofenadine (Allegra), cyclosporine, loperamide (Imodium), quinidine, dan lain-lain.

  • Ubat yang boleh membahayakan hati (Ubat Hepatotoksik)

Kava boleh merosakkan organ hati. Mengambil kava bersama dengan ubat yang turut mengakibatkan kesan sampingan yang sama boleh meningkatkan risiko kerosakan hati berkali ganda. Elakkan mengambil kava sekiranya anda turut mengambil ubat yang membahayakan organ hati.

Antara ubat-ubatnya ialah acetaminophen (Tylenol and others), amiodarone (Cordarone), carbamazepine (Tegretol), isoniazid (INH), methotrexate (Rheumatrex), methyldopa (Aldomet), fluconazole (Diflucan), itraconazole (Sporanox), erythromycin (Erythrocin, Ilosone, others), phenytoin (Dilantin), lovastatin (Mevacor), pravastatin (Pravachol), simvastatin (Zocor), and banyak lagi.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang biasa digunakan?

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

Melalui mulut:

Untuk keresahan: 50-100 mg ekstrak kava spesifik (WS 1490, Dr. Willmar Schwabe Pharmaceuticals), diambil 3 kali sehari sehingga 25 minggu.  Selain itu,dos 400mg ekstrak kava spesifik yang lain (LI 150, Lichtwer Pharma) diambil setiap hari untuk 8 minggu juga boleh digunakan. Dos sebanyak lima tablet kava (mengandungi 5 0mg  kavalactones bagi setiap satu) juga boleh diambil dalam dos yang terbahagi tiga setiap hari selama seminggu. Tablet ekstrak kava yang diambil sebiji atau dua biji , dua kali sehari selama enam minggu. Suplemen kalsium ditambah dengan 100 mg-200 mg Kava boleh diambil setiap hari selama tiga bulan. Semua dos-dos yang disenaraikan  di atas pernah digunakan untuk merawat keresahan.

Dos untuk suplemen herba ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Dos yang anda ambil bergantung kepada umur, kesihatan dan beberapa keadaan lain. Suplemen tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor atau ahli herba tentang dos yang sesuai.

Apakah bentuk ketersediaan kava yang boleh didapati?

Ia boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Suplemen pemakanan (kapsul)
  • Teh herba
  • Ekstrak cecair herba
  • Serbuk

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Tarikh Reviu: Julai 26, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 26, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut