backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kacu / Kachu (Catechu)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

Kegunaan

Apakah kegunaan Kacu / Kachu (Catechu)?

Kacu digunakan untuk beberapa keadaan perubatan berikut:

  • Cirit-birit.
  • Disenteri.
  • Pembengkakan kolon (kolitis).
  • Pendarahan.
  • Masalah pencernaan.
  • Osteoartritis.
  • Kanser.
  • Bengkak hidung dan tekak.
  • Kacu juga digunakan secara terus ke kulit untuk tujuan berikut:

  • Penyakit kulit.
  • Buasir.
  • Kecederaan traumatik, untuk membalut luka.
  • Menghentikan pendarahan.
  • Bahan Kacu dalam cecair pencuci mulut dan ubat kumur digunakan untuk penyakit gusi (gingivitis), sakit dan bengkak di dalam mulut (stomatitis), sakit tekak, dan ulser mulut.

    Kacu boleh juga diberikan untuk kegunaan lain; sila rujuk doktor, ahli farmasi, atau pakar herba anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Bagaimana ia berfungsi?

    Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa Kacu mengandungi banyak bahan kimia yang membantu merawat keradangan dan membunuh bakteria.

    Langkah berjaga-jaga & Amaran

    Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Kacu / Kachu (Catechu)?

    Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

    • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
    • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
    • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada pokok Kacu atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
    • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
    • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

    Peraturan bagi pengambilan suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

    Adakah Kacu / Kachu (Catechu) selamat digunakan?

    Kehamilan dan Penyusuan Bayi:

    Tiada maklumat yang mencukupi bagi menyatakan bahawa Kacu adalah selamat untuk semua pesakit, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu. Ambillah jalan selamat dan elakkan dari penggunaannya tanpa nasihat daripada doktor atau pakar herba anda.

    Pembedahan:

    Berhenti mengambil Kacu sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum apa-apa pembedahan yang dijadualkan.

    Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan pengambilan Kacu / Kachu (Catechu)?

    Kacu boleh menyebabkan reaksi alahan

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

    Tindak balas

    Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Kacu / Kachu (Catechu)?

    Kacu / Kachu (Catechu) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

    Ubat untuk tekanan darah tinggi boleh bertindak balas dengan herba ini termasuklah captopril (Capoten), enalapril (Vasotec), losartan (Cozaar), valsartan (Diovan), diltiazem (Cardizem), Amlodipine (Norvasc), hydrochlorothiazide (HydroDIURIL), furosemide ), dan banyak lagi.

    Penggunaan /Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

    Apakah dos Kacu / Kachu (Catechu) yang biasa digunakan?

    Dos yang disyorkan adalah sebiji kapsul sehari.

    Dos untuk produk herba ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

    Apakah bentuk penyediaan Kacu / Kachu (Catechu)?

    Produk herba ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

    • Kapsul 500mg.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan