Ip-6

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Kegunaan

Apakah kegunaan Ip-6?

IP-6, Inositol Hexaphosphate, adalah bahan seperti vitamin. Ia ditemui dalam haiwan dan banyak tumbuhan, terutamanya bijirin, kacang, dan kekacang. Ia juga boleh dihasilkan di makmal.

Sesetengah orang menggunakan IP-6 untuk merawat dan mencegah kanser, termasuk kanser prostat, kanser payudara, kanser kolon, kanser hati, dan kanser darah. Para penyelidik telah mengkaji peranan IP-6 dalam rawatan dan pencegahan kanser sejak tahun 1988. Tetapi, setakat ini, tidak ada kajian dalam kalangan orang yang mempunyai kanser. Sebuah buku yang bertajuk “IP-6, Nature’s Revolutionary Cancer-Fighter” oleh penyelidik IP-6 terkemuka Abulkalam M. Shamsuddin, MD, Ph.D, telah menaikkan IP-6 sebagai alat anti-kanser.

IP-6 juga digunakan untuk meningkatkan sistem imun, merawat anemia, dan menghalang penyakit jantung dan batu ginjal.

Dalam industri pembuatan, IP-6 ditambah kepada makanan untuk mengelakkannya menjadi rosak.

Bagaimana ia berfungsi?

Tidak banyak kajian tentang bagaimana IP-6 berfungsi. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan: IP-6 mungkin membantu merawat dan mencegah kanser dengan cara  melambatkan penghasilan sel kanser. Ia juga boleh mengikat mineral tertentu, mengurangkan risiko kanser kolon. IP-6 juga adalah antioksidan.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Ip-6?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda, jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa bahan IP-6 atau ubat lain atau herba lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai apa-apa jenis alahan lain, seperti makanan, pewarna, pengawet, atau haiwan.

Peraturan bagi pengambilan suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan bagi pengambilan ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keselamatannya. Kebaikan mengambil IP-6 mestilah melebihi risikonya sebelum digunakan. Rujuklah dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah Ip-6 selamat digunakan?

IP-6 adalah selamat apabila digunakan dalam jumlah yang terdapat dalam makanan. Tidak ada maklumat yang mencukupi untuk mengetahui jika ia selamat apabila digunakan sebagai ubat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: IP-6 adalah selamat untuk wanita hamil dan menyusu apabila digunakan dalam jumlah yang terdapat dalam makanan. Tetapi keselamatan menggunakan IP-6 dalam jumlah ubat yang lebih besar tidak diketahui. Adalah lebih baik untuk berpegang kepada jumlah makanan sahaja jika anda hamil atau menyusu.

Gangguan pendarahan: Kajian tabung uji menunjukkan bahawa IP-6 boleh memperlahankan pembekuan darah. Walaupun kesan ini tidak ditunjukkan pada manusia, para pakar mengesyorkan agar orang yang mengalami gangguan pendarahan dapat mengelakkan penggunaan IP-6.

Anemia kekurangan zat besi: IP-6 bergabung dengan zat besi dalam saluran gastrousus (GI). Ini mengurangkan jumlah besi yang diserap oleh badan dari makanan dan makanan tambahan.

Tulang lemah (osteoporosis atau osteopenia): IP-6 bergabung dengan kalsium dalam saluran gastrousus (GI). Ini mengurangkan jumlah kalsium yang diserap oleh badan dari makanan dan makanan tambahan. Kalsium yang berkurang boleh menjejaskan kekuatan tulang.

Pembedahan: Oleh kerana penyelidikan tabung uji menunjukkan bahawa IP-6 mungkin melambatkan pembekuan darah, terdapat kebimbangan yang mungkin meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan. Berhenti menggunakan IP-6 sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan yang dijadualkan.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Ip-6?

Gangguan perut seperti mual, gas, kembung perut atau sakit perut mungkin berlaku.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Ip-6?

Ip-6 mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah (ubat Antikoagulan / Antiplatelet) bertindak balas dengan IP-6. IP-6 nicotinate mungkin melambatkan pembekuan darah. Pengambilan IP-6 bersama-sama dengan ubat-ubatan yang juga memperlahankan pembekuan darah mungkin meningkatkan lagi peluang lebam dan pendarahan.

Beberapa ubat yang melambatkan pembekuan darah termasuk aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, dan yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin,dan yang lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, dan yang lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Ip-6 yang biasa digunakan?

Dos untuk IP-6 mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Dos yang anda ambil bergantung pada usia anda, kesihatan, dan beberapa syarat lain. Tambahan pula, suplemen tambahan tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dos yang sesuai untuk anda.

Apakah bentuk penyediaan Ip-6?

IP-6  boleh didapati dalam bentuk dos berikut:

  • Kapsul 500mg.
  • Serbuk.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 12, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut