Indium

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Nama AM: Indium

Kegunaan

Apakah kegunaan Indium?

Indium adalah sejenis logam lembut yang berwarna perak keputihan. Secara kimianya ia serupa dengan aluminium dan galium. Beberapa makanan tambahan didapati mengandungi indium.

Walaupun terdapat kebimbangan keselamatan terhadap bahan ini, orang biasa mengambil indium dalam makanan tambahan untuk:

  • Meningkatkan tenaga
  • Mencegah penuaan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Peningkatan pengeluaran hormon
  • Meningkatkan penyerapan nutrien

Penyedia penjagaan kesihatan kadang-kadang memberikan sebatian indium yang disebut indium pentetreotide melalui suntikan ke dalam urat (intravena) sebagai rawatan untuk kanser yang telah merebak ke tulang.

Bagaimana ia berfungsi?

Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana indium ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran

Apa yang perlu saya tahu sebelum mengambil Indium?

Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:

  • Anda mengandung, merancang untuk hamil atau menyusu badan.
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
  • Anda mempunyai alahan dengan mana-mana bahan daripada indium atau ubatan farmasi mahupun herba yang lain.
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
  • Anda mempunyai alahan dengan apa-apa makanan, pewarna, pengawet atau mana-mana haiwan.

Peraturan bagi suplemen adalah kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.

Adakah Indium selamat digunakan?

Indium kemungkinan adalah tidak selamat.

Peringatan khas & amaran

Kehamilan dan penyusuan bayi: Adalah tidak selamat bagi sesiapa sahaja untuk menggunakan indium sebagai ubat. Walaupun kesan indium pada bayi yang belum lahir atau bayi yang menyusu masih tidak diketahui, hakikat bahawa ia boleh menyebabkan kerosakan organ pada orang dewasa adalah menjadi perhatian. Jangan gunakan indium jika anda sedang hamil atau menyusu anak.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Indium?

Mengambil indium melalui mulut boleh mengakibatkan kerosakan kepada buah pinggang, jantung, hati, dan organ lain. Menyedut indium melalui nafas boleh mengakibatkan kerengsaan paru-paru. Menggunakan indium ke kulit mungkin akan menyebabkan kerengsaan kulit.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.

Tindak balas

Apakah tindakbalas yang boleh saya alami dengan Indium?

Indium mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.

Penggunaan /Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini

Apakah dos Indium yang biasa digunakan?

Dos untuk produk indium ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.

Apakah bentuk penyediaan Indium?

Produk indium ini boleh didapati dalam bentuk dos penggunaan berikut:

  • Suplemen cecair Indium
  • Ubat titis Indium

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 30, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut